Friday, January 11, 2013

Selekoh Terakhir~Fragmen 3



Selekoh Terakhir~Fragmen 3
Guran mengeluarkan kunci motosikal dari dalam saku seluarnya. Kerana terlalu gopoh, kunci itu terlepas dari tangannya lalu jatuh ke tanah. Guran segera menunduk untuk mengambil kunci itu semula. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menjerit meminta tolong. Suara itu datangnya dari lorong di belakang bar itu. Guran ingin cepat. Dia tidak ada masa untuk semua itu. Guran menghidupkan enjin motosikalnya. Dia kemudiannya memecut meninggalkan bar itu. Jauh juga dia sudah meninggalkan bar itu. Sesaat, Guran berasa serba salah. Orang itu dalam bahaya, fikirnya. Guran berpatah balik. Dia menuju ke bar itu semula. Guran pergi ke lorong belakang. Guran mencari arah suara itu tadi. Namun, suara itu sudah tidak kedengaran lagi. Tidak lama, Guran terlihat sekujur tubuh gadis terlentang. Guran segera menghampiri tubuh itu. Guran melihat wajah gadis itu memucat. Kulitnya mengecut. Seperti orang kehilangan semua darah. Pandangan Guran terarah kepada leher gadis itu. Di leher gadis itu ada dua kesan tusukan. Di luar tusukan itu terdapat kesan darah yang masih membasah. Guran kehairanan. Apakah yang telah berlaku kepada gadis ini? Adakah darahnya telah dihisap? Guran diselubungi rasa takut. Dia segera lari meninggalkan gadis itu di situ. Guran menghidupkan enjin motosikalnya. Dia kemudiannya memecut laju.
Wajah Guran diterjah angin malam. Dia merasa seram sejuk. Gadis itu tadi telah dihisap darahnya. Wajah gadis yang pucat dan kekeringan itu masih jelas terbayang. Kenapa dia harus berpatah balik? Kenapa dia harus melihat semua itu? Dalam ketar, Guran gagahkan dirinya untuk terus menunggang motosikalnya itu. Guran teringat kepada Amanda semula. Dia terus memecut laju untuk segera pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, Guran segera memasang lampu ruang tamu. Dia memanggil-manggil nama Amanda. Tidak lama, Amanda perlahan-lahan keluar dari bilik.Dia meraba-raba sekitar. Guran segera mendapatkan Amanda. “Abang dah balik? “ tanya Amanda. Guran memeluk erat Amanda, adiknya itu.Amanda kehairanan. “Kenapa abang? Apa sudah berlaku?” tanya Amanda lagi. Guran tidak menjawab. Sebaliknya terus memeluk Amanda. Tidak lama, mata Guran bergenang. Air matanya menitis. Guran menangis. Amanda mendengar tangisan Guran. Dan Amanda semakin kehairanan. Apa yang telah berlaku kepada abang?
Bersambung di Fragmen 3~
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...