This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, June 2, 2017

Mental Tercalar


WHY : ME? Mengapa Harus Aku...

Kenapa buli berlaku? Ini kajian saya tentang buli.Dan saya sedang menyiapkan Why Me : Mengapa Harus Aku.Selamat membaca.
WHY : ME? Mengapa Harus Aku... DIMENSI RASA MANGSA BULI
Ketika masa sunyi, aku seringkali terfikir akan gejala buli dalam masyarakat.Aku memanggilnya gejala kerana ia semakin membarah seperti sesuatu yang tidak tertahan-tahan. Aku pernah melihat sekumpulan anak-anak bermain.Ada yang aktif dan ada yang hanya memerhati,sekadar duduk melihat teman lain bermain.Anak-anak yang aktif cenderung untuk bersifat dominan manakala yang pasif bersifat menerima dan lebih suka berdiam diri. Bagaimana buli boleh berlaku di kalangan kanak-kanak? Ia adalah satu persoalan yang tentunya boleh dijawab oleh pakar psikologi.Aku bukan pakar psikologi,cuma aku sedar dan tahu kanak-kanak yang pasif cenderung untuk menjadi mangsa buli. Kenapa?Kerana dia tidak tahu bergaul atau tidak pandai membiasakan diri dengan rakan-rakan yang lain. Itulah jawapan yang paling mudah, barangkali. Adakah ia jawapan yang paling tepat?Apa yang akan berlaku kepadanya apabila dia membesar kelak? Kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa buli ketika kecil tetap membesar seperti kanak-kanak yang lain,cuma kepedihan masa lampau tetap akan diingatinya.Aku memanggilnya kepedihan kerana kanak-kanak mempunyai ingatan yang tajam dan apa-apa jua pengalaman yang dialaminya lebih-lebih lagi yang bersifat kesakitan akan disimpan dalam bentuk memori.Apabila kanak-kanak itu meningkat remaja, dia cenderung untuk dibuli lagi.Kenapa?Apakah dalam tempoh itu dia tidak mampu untuk mengubah dirinya menjadi keras sedikit,menambah pergaulannya,atau lebih hebat lagi menjadi ikutan dan idola remaja yang seangkatan dengannya?Ini adalah kerana dia rasa rendah diri dan hilang keyakinan.Motivasi dan moral dalam dirinya telah dihancurkan.Apa yang menyedihkan dia terusan dipukul atau disepak terajang.Emosi yang bercelaru ini memungkinkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.Namun, sekiranya dia berfikiran positif dia mampu menangani situasi dan seterusnya melangkah jauh. Apabila mangsa buli menginjak dewasa, dia juga akan bekerja seperti yang lain.Alam pekerjaan amat berbeda kalau dibandingkan dengan alam persekolahan.Dari segi pergaulan, dia akan berjumpa dengan mereka yang pelbagai sifatnya.Adakah di kalangan mereka itu wujud juga pembuli?Mangsa buli akan lebih berhati-hati dalam pergaulan atau cuba-cuba menjadi seorang yang dominan (?)Ketakutan silam boleh mengubah peribadi mangsa buli.Sama ada dia kekal lemah dan terus menjadi bahan gurauan dan usikan melampau atau menjadi seorang yang positif dan mula aktif dalam pergaulan.Terkadang mereka mengambil peluang mengusik orang lain (sekadar mengusik) untuk mengelakkan diri daripada dibuli sekiranya dalam kelompok manusia itu belum ada yang tahu dirinya pernah dibuli.Adakah perubahan ini memberikan suatu nilai baru kepada dirinya yang difikirkannya baik atau suatu kekeliruan peribadi yang meresahkan? Adakah gejala buli ini akan terus berlaku?Ia akan terus berlaku selagi-lagi dalam diri manusia itu masih ada sikap memandang rendah dan keinginan untuk menakluki orang lain.Pembuli, adalah orang yang paling sunyi.Lantas,mereka mencipta megah dan keriuhan yang akhirnya menjerat diri.

Am Nass, 25.9.2009,10.42 p.m.
WHY ME : Mengapa Harus Aku.Fragmen 1
Sebuah kisah tentang buli.Kepada mereka yang pernah dibuli dan membuli

Keadaan di dalam bilik itu amat sejuk. Terdapat beberapa orang di dalam bilik itu. Enam lelaki dan lima perempuan. Dalam bulatan, mereka duduk di atas kerusi. Dari riak wajah mereka, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Mereka hanya berdiam diri dan tidak pasti. Ada yang keliru.Namun, salah seorang daripada mereka tampaknya berkeyakinan. Dia memegang sebuah buku catatan dan pen. Mungkin bukan di kalangan mereka. Barangkali seorang guru atau kaunselor. Atau tenaga pengajar di situ. Gadis itu memerhati mereka yang ada di sekelilingnya. Dia melemparkan senyuman. Tetapi tidak berbalas. Tetapi gadis itu tidak mudah patah semangat. Dia mengatur susun rambutnya. Dan kemudian bersuara, “ Selamat petang semua.Nama saya Isabel. Saya kaunselor di sini. Baiklah, saya lihat tidak ramai yang datang.Tapi, tak mengapa. Terima kasih kerana sudi hadir dalam perkongsian ini. Sebelum itu, apa kata kita berkenalan terlebih dahulu? Kita mulakan dari tepi saya ini. Siapa nama saudara?” tanya Isabel. Tidak lama, lelaki memperkenalkan dirinya. “Nama saya Brian,”katanya. “Baiklah, seterusnya,”kata Isabel pula. Masing-masing memperkenalkan diri mereka. Kemudian, mereka membuat aktiviti ‘ice breaking’. Sekarang ini, mereka sudah mula menampakkan perubahan. Sudah ada riak ceria di wajah mereka. Ada yang sudah mula tersenyum. Sesudah aktiviti ‘ice breaking’ Isabel pun memberikan penerangan yang lebih lanjut. “ Baiklah, semua sudah maklum tujuan kita berkumpul petang ini, kan? Sebab kita hendak berkongsi mengenai diri kita yang pernah dibuli, sama ada sewaktu kanak-kanak, remaja, atau masa sekarang ini. Di samping itu, perkongsian ini juga sebagai pemberi motivasi kepada kita dalam menjalani hidup selepas ini.Saya tahu, bukan mudah apabila kita terpaksa mengharungi semua ini. Saya cukup berbangga kerana saudara dan saudari berani tampil untuk berkongsi masalah. Ada di antara rakan kita yang masih bingung di luar sana. Malah ada juga yang sudah kehilangan nyawa akibat buli. Baiklah, siapa yang hendak berkongsi pengalamannya terlebih dahulu?,”tanya Isabel. Isabel memerhati sekeliling. Agak lama juga, tiada yang mengangkat tangan. “Ya, ada siapa?,” tanya Isabel lagi. Akhirnya seorang lelaki mengangkat tangan. “Ya, Steve. Silakan,”kata Isabel. Lelaki itu memandang Isabel dan yang lain. “Boleh saya berkongsi pengalaman saya?,” tanya lelaki itu. “Ya, boleh Steve. Silakan” kata Isabel. Lelaki itu menarik nafasnya sekejap. Kemudian menghembuskannya. Isabel dan yang lain terdiam.Mereka menunggu lelaki itu menyambung bicaranya. Akhirnya, dia bersuara, “Begini ceritanya...”
Bersambung...

Sunday, April 30, 2017

Perahu Timun Iban (Fragmen Pilihan 2)



Perahu Timun Iban
“Dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya...”
(Fragmen Pilihan)

Pittt…Pit…Pit…Pittt…
Pittt…Pit…Pit…Pittt…

Kedengaran sayup-sayup bunyi bot ekspress Jumbo 90 yang sudah tiba di jeti.Bunyi bot ekspess itu menyedarkan Aki Suki yang sedang tidur di perbaringannya. Antara tidur dan jaga, Aki Suki mengumpul sepenuh tenaganya untuk bangun.Walaupun usianya sudah melanjut, kulit tangannya tetap tegang berbelulang kerana biasa melakukan kerja-kerja berat seperti mengumpul rotan sega dan mencari kayu api di hutan. Dalam usahanya untuk bangun, dia memasang telinganya kalau-kalau masih ada lagi bunyi bot ekpress.Penumpang barangkali sudah ramai yang turun dari bot ekspress dan bot itu sudah pun berangkat pergi, fikirnya. Aki Suki sudah berupaya mendudukkan dirinya. Aki Suki melihat ke jendela.Cahaya mentari petang menerobos masuk melalui tingkap yang sedikit terbuka.Daun jendela yang terkopek menggambarkan usia langkau kebun miliknya itu.Aki Suki lebih suka berehat di langkau kebun berbanding dengan rumah panjang.Lebih-lebih lagi setelah pemergian Ini Suki, Aki Suki nyatanya lebih senang menyendiri daripada masyarakat kampung. Dia ingin bersunyi sendiri.Tidak lama, Aki Suki teringat kepada sepucuk surat yang terselit kemas di bawah bantalnya.Diangkatnya bantal, dan surat itu masih di situ.Terlipat kemas, walau sudah agak melusuh.Jemarinya mengambil surat itu dengan lembut.Dibukanya perlahan.Matanya menyorot setiap patah kata dalam surat itu.Entah kali yang keberapa Aki Suki berbuat begitu.Sejak Jabat berlari-lari menemuinya pada petang yang redup itu.Jabat dengan sengih dan tawanya, menyerahkan surat itu kepada Aki Suki.Kata Jabat, surat itu daripada Suki.Aki Suki terkejut dengan kata-kata Jabat. Dimintanya Jabat untuk membuka dan membaca isi kandungan surat itu. Aki Suki buta huruf. Aki Suki tidak pandai membaca.Jabat mebuka sampul surat dan membaca surat itu.Kata Jabat, Suki bertanya khabar.Aki Suki tersenyum.Tambah Jabat lagi, Suki akan balik menemuinya ketika Hari Gawai nanti.Aki Suki tersentak dan terkejut.Hatinya bagai dilambung waktu itu.Puas dia bertanya benarnya perkhabaran itu dengan Jabat.Jabat mengangguk dan mengiyakan.Hati Aki Suki tersentuh.Tidak tersedar matanya genang berkaca.Aki Suki meminta surat itu daripada Jabat.Jabat memberikannya kepada Aki Suki.Aki Suki cium surat itu dan didekatkan kepada dadanya.Dipeluknya erat-erat.Seakan dia dapat merasa nadi dan jiwa Suki dalam surat itu.Mutiara yang bergenang di kolam matanya akhirnya gugur juga.Beberapa titik membasahi surat itu.Cepat-cepat dikesatnya surat itu kerana takut ianya akan terkoyak.
Jabat tersentuh hati melihat Aki Suki.Dia tidak lagi tersengih bahkan kini berkongsi rasa sedih dan hiba bersama Aki Suki.Lama juga Aki Suki mengelamun.Tersedar kembali, Aki Suki kembali melipat surat itu kemas-kemas dan disorokkannya semula ke bawah bantal.Harapannya, apabila tidur dia akan bermimpikan Suki.Aki Suki berteleku. Dia merenung jauh.Suki, akan kutunggu kepulanganmu, Cu.

#perahutimuniban ©
#novel2018
#akisuki
#inisuki
#suki
#jabat

foto : Google Images

Perahu Timun Iban (Fragmen Pilihan 1)



Perahu Timun Iban
"Dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya..."
Fragmen Pilihan 1

Aki Suki memotong setengah timun iban. Kemudian, isinya dikeluarkan. Diletakkannya di dalam mangkuk. Garam ditabur dan digaulkan bersama timun iban. Suki memerhati. Dia seperti tidak sabar. Aki Suki tersenyum. Aki Suki tahu Suki begitu suka makan timun iban dicampur garam kasar. Sebab itu, awal-awal lagi dia turun ke kebun untuk mencari timun iban. Apa yang Suki tunggu-tunggu sebenarnya ialah perahu timun iban. Setelah timun iban dipotong setengah dan isinya dikeluarkan, kulit yang tinggal akan membentuk seperti perahu. Dan perahu timun iban itu Suki hanyutkan di sungai kecil yang terletak tidak berjauhan dari kebun. Aki Suki memberi perahu timun iban kepada Suki. Suki ketawa riang. “Hati-hati, jangan main jauh sangat” Aki Suki mengingatkan Suki. Aki Suki memerhati Suki yang berlari riang menuju sungai kecil. “Biar saya tengok-tengokkan dia, “ kata Ini Suki. Ini Suki turun dari langkau dan mengikut Suki dari belakang. Ini Suki memanggil-manggil nama Suki. Suki menoleh ke bekakang. “Mari Ini, kita main perahu,” Suki mengajak neneknya. Aki Suki tersenyum lagi. Sudah besar Suki, fikirnya.

#novel2018
#akisuki
#inisuki
#suki
#gaing
#suri
#jabat

Foto : Google Images.

Saturday, January 28, 2017

Cinta Dari Seluruh Dunia (Air Mata Puteri Meng Jiang Nü)


Puisi
Cinta Dari Seluruh Dunia
(Air Mata Puteri Meng Jiang Nü)
Fan Xiliang,
Dari genangnya yang berkaca,
Sehingga titisnya jatuh ke pipi,
Air mata ratapan ini,
Adalah segenggam janji,
Lafaz kasih kita yang termateri.
Fan Xiliang,
Kau yang kelelahan,
Tiada daya lagi menanggung beban,
Semata melaksanakan impian,
Sang Kaisar yang kejam.
Fan Xiliang,
Demi cintaku yang tidak bertepian,
Dan setiaku untuk sepanjang zaman,
Air mataku yang lara dan sengsara,
Telah meruntuhkan tembok raksasa.
Fan Xiliang,
Kisah cinta kita,
Akan tetap meniti di bibir,
Dikhabarkan lewat angin,
Dan setitis tinta penyesalan,
Akan menjadi manuskrip rindu.
Am Nass,
29.1.2017.
Tong Li
Meng Jiangnü
Pinyin Lyrics
tong li meng jiang nv
chun ji li lai bai hua xiang
hu die shuang shuang guo fen qiang
you yuan qian li lai xiang hui
meng jiang nv qiao yu wan xi liang
xia ji li lai xun feng chui
meng jiang nv yuan li zhong pai huai
lian hua bing di cheng shuang dui
en ai fu qi liang fen kai
qiu ji li lai cao mu ku
luo ye piao ling niao gui chao
fei niao hai you chao ke gui
meng jiang nv hao bi luo ye piao
dong ji li lai xue hua fei
meng jiang nv qian li song han yi
tu zhong li jing wan ban ku
tong ming yuan yang yong bie li
Chinese Lyrics
童丽 孟姜女
春季里来百花香
蝴蝶双双过粉墙
有缘千里来相会
孟姜女巧遇万喜良
夏季里来薰风吹
孟姜女园里重徘徊
莲花并蒂成双对
恩爱夫妻俩分开
秋季里来草木枯
落叶飘零鸟归巢
飞鸟还有巢可归
孟姜女好比落叶飘
冬季里来雪花飞
孟姜女千里送寒衣
途中历经万般苦
同命鸳鸯永别离
Selamat Tahun Baharu Cina 2017
Sumber foto : Google Images

Wednesday, January 11, 2017

Genang Mata Berkaca(Mengenangmu, Tok Nan)


Genang Mata Berkaca
(Mengenangmu, Tok Nan)

Tok Nan,
Pemergianmu satu kehilangan,
Bagi kami yang masih merindukan,
Raut wajahmu yang berkaca mata,
Bicaramu yang sesantun bahasa,
Guraumu “You-You”dan “Ooo-Haa”.

Tok Nan,
Kopiah putihmu dan tasbih di jemari,
Rendah dirimu asli peribadi,
Diammu itu diam berilmu,
Tegasmu itu hemat tersemat,
Fikirmu hanya demi jelata,
Demi memaju Sarawak tercinta.

Tok Nan,
Telah kau dijemput pergi,
Dalam genang mata berkaca,
Tetapnya kami memanjatkan doa,
Agar rohmu dicucuri rahmat,
Dalam damai kasih Ilahi.

Tok Nan,
Kenyalang ini,
Telah patah sayapnya,
Berpaut pilu di dahan lara.

Am Nass,
11.1.2017
Breaking News
Loading...