This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, November 28, 2016

Perjumpaan Dengan Novelis


Semua watak dalam karya Am Nass akan mengadakan perjumpaan dengan novelis hujung minggu ini.Semua watak dalam semua karya.Kristina Diamond, Isabel Lockheart,Erin Erina,Jasmine Lee,Vincent Tan, Mike Loire, Ronny Mark,Stephen, Amber Katerina (Cinta Adalah), Amanda Sweetheart dan Mark (Titis Gerimis),Inspektor Henry Jelai,Guran, Venom dan Holly Sapphire (Selekoh Terakhir), Shania,Maharba,Ynnor, Uannum Namron, Lehcim,Shaiya,Puteri Foteine,Alec dan Nikator(Lois Dunamis), Shan,Simon (Shan,Empat Musim Di Hatiku) dan Aki Suki,Ini Suki, Suki, dan Sempurai (Perahu Timun Iban).Apa akan jadi bila semua watak sudah berkumpul? Mampukah Am Nass mendepani semua mereka?Dan apa yang akan dibual dan dibincangkan?Nantikan luahan hati semua watak kepada novelis pada 3 Disember 2016.

Gambar : Google Images




πŸ˜€πŸ˜Š



Shan(Shan,Empat Musim Di Hatiku) dan Shania (Lois Dunamis)


Shan(Shan, Empat Musim Di Hatiku) dan Shania(Lois Dunamis) adalah orang yang sama.Jelmaan semula.πŸ˜€πŸ˜ŠUntuk mengetahui tentang Lois Dunamis,boleh semak semula di wall saya tentang pos terdahulu.
Gambar:Google Images 

Biodata Shan (Shan, Empat Musim Di Hatiku)



Biodata Shan (Shan, Empat Musim Di Hatiku)

Nama penuh : Zelda Arianna Shan
Keturunan : Campuran Itali-Israel-Cina
Warna Rambut : Coklat
Warna Mata : Hijau
Ketinggian : 175 cm
Berat Badan : 66 kg
Tarikh lahir : 16 September 1996
Zodiak: Virgo
Umur : 20 tahun
Pekerjaan : Pelajar dalam bidang psikologi kanak-kanak. Vanderbilt University,Peabody College (Special Education)
Kemahiran: Menyanyi,menari dan bermain alat muzik seperti piano dan gitar serta menggubah lagu.
Hobi:Mengembara dan mengambil gambar.Memiliki kamera jenis Canon EOS-1D X
Lagu Kegemaran : When You Say Nothing At All (Ronan Keating)
Filem Kegemaran : Trilogi Lord Of The Rings
Warna kegemaran : Biru 
Pasukan dan kelab bola sepak kegemaran : Itali,Chelsea FC
Jenama diminati : ChloΓ©,Prada, Brandy Melville, Neutrogena, Bath & Body Works, Essie,Vans, Maybelline, Chanel, Converse, Victoria’s Secret dan Apple.
Motto hidup :
“Love every child without condition, listen with an open heart, get to know who they are, what they love, and follow more often than you lead.” 
― Adele Devine, 
Gambar : Google Images
*Cerita ini hanya rekaan.Sebarang persamaan dengan realiti adalah kebetulan.

Shan,Empat Musim Di Hatiku menemui pembaca 30 November 2016. ;)

Saturday, November 19, 2016

Pemikiran Lewat Teori : Cerita 1 (Vincent Van Gogh)


Pemikiran Lewat Teori : Cerita Satu (Vincent van Gogh) Fragmen 1
Tempat : The National Gallery of Art, Washington D.C.
Am Nass melangkah masuk ke dalam ruang legar galeri.Terdapat ramai pengunjung yang mengunjungi galeri hari itu.Mereka adalah pengunjung tempatan dan luar negara.Semuanya datang untuk melihat dan menghayati lukisan dan hasil seni lain yang terpamer di situ.Ada di antaranya penuntut seni lukis serta pelukis profesional yang ingin melukis semula lukisan yang tergantung di dinding. Terdapat ribuan lukisan yang terpamer iaitu yang dihasilkan oleh pelukis dari seluruh dunia.Am Nass mendekati beberapa lukisan yang tergantung di dinding.Agak lama juga dia memerhati dan berjalan di sekitar .Seakan dia mencari-cari sesuatu.Dia memandang ke kiri kanan.Gelagatnya diperhatikan oleh pengunjung di situ.Ada yang tersenyum memerhatikan gelagatnya.Ada juga yang tidak mengambil kisah.Perlakuan Am Nass menarik perhatian seorang lelaki tidak jauh dari situ.Lelaki itu sedang berbual dengan rakannya.Tidak lama, lelaki itu meminta izin untuk menghentikan perbualan dengan rakannya.Lelaki itu dengan langkah yang agak laju mendekati Am Nass.Kemudiannya, lelaki itu menyapa Am Nass dengan lembut.”Ya Encik,boleh saya bantu?”tanya lelaki itu.Am Nass terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Lelaki itu yang memakai cermin mata,sedikit berjambang dan berkot hitam menghulurkan tangan untuk berjabat.”Saya Jonathan Bober,kurator galeri ini,”katanya.Am Nass menyambut tangan lelaki itu.”Saya Am Nass,penulis novel.”Keduanya berjabat tangan. "Encik dari mana?”lelaki itu bertanya lagi.”Saya dari Malaysia, tapi menetap di Itali,”jawab Am Nass.”Oh begitu.Maafkan saya.tadi saya lihat Encik seperti mencari-cari sesuatu,”kata lelaki itu.”Ya, saya sedang mencari lukisan Vincent van Gogh,Potrait Diri,Ogos 1889,”jelas Am Nass.”Oh, lukisan itu.Ia terletak di hujung sebelah sana.Mari saya tunjukkan,” kata lelaki itu lagi.”Ya, terima kasih,”kata Am Nass.Lelaki itu melambai kepada rakannya meminta izin untuk pergi.Rakannya tersenyum dan mengangguk perlahan.Kemudian,Am Nass dan lelaki itu berjalan beriringan menuju ke tempat lukisan itu berada.
(Bersambung…)

Pemikiran Lewat Teori : Pengenalan


“Berfikir filosofis kadang dapat menunjukkan jalan alternatif dari segala kebuntuan berfikir, namun ada kalanya berfikir filosofis dapat menjebak kita pada sebuah perjalanan ilusi yang panjang lagi tak terbatas. 
~Dr Harold J.

“Puisi. Kita tidak membaca dan menulis puisi kerana ianya comel. Kita membaca dan menulis puisi kerana kita ialah ahli umat manusia. Dan umat manusia dipenuhi dengan kesukaan dan kegemaran. Perubatan, undang-undang, perniagaan, dan kejuruteraan. Ini adalah usaha-usaha yang mulia dan perlu untuk mengekalkan kehidupan. Tetapi puisi, kecantikan, cerita roman, cinta dan kasih sayang. Ini adalah apa yang kita perlu untuk terus hidup.”
~Am Nass

p/s: Anda suka kepada kata-kata mutiara yang memberi inspirasi dan mendorong dalam hidup?Anda selalu kongsikan kata mutiara di facebook, instagram, whatsapp, telegram dan sebagainya?Sejauh manakah ia mampu mempengaruhi anda dan rakan serta orang sekeliling? Kalau begitu,cerita ini sesuai untuk anda.Pemikiran Lewat Teori menampilkan dua watak yang saling berkongsi idea dan berbahas di antara satu sama lain.Pertembungan idea timur dan barat.Di antara Prof.Dr. Harold J. dan Am Nass.Nantikan kemunculan Pemikiran Lewat Teori tidak lama lagi. :)

gambar hiasan : google images
*Cerita ini adalah fiksyen
Sumber idea: laman web

Lois Dunamis : Nikator 2

Gambar : Google Images

Lois Dunamis : Leviathan


Lois Dunamis : Nikon (Raja Hitam)


Lois Dunamis : Nikon(Raja Hitam)
Dalam Lois Dunamis,Raja Hitam ialah kuda hitam perkasa milik Nikator.Raja Hitam adalah baka kuda yang terbaik.Raja Hitam pada awalnya adalah kuda liar yang ditemui oleh Nikator sewaktu dia berjalan seorang diri di hutan.Raja Hitam ketika itu sedang minum air di sebatang sungai.Nikator yang terserempak dengan Raja Hitam amat tertarik dengannya.Tubuhnya besar dan gagah, warnanya hitam pekat dan bersinar.Bulu yang lebat menutupi matanya. Nikator memberanikan diri mendekati Raja Hitam.Raja Hitam yang menyedari kehadiran Nikator mendengus dan mengangkat tinggi tubuhnya.Raja Hitam menghentakkan kakinya ke tanah berkali-kali.Seperti ingin mengancam dan mencederakan Nikator.Nikator terduduk ke tanah dan berasa amat takut sekali.Tidak lama, Raja Hitam mula bertenang dan kemudian menunduk dan merendahkan dirinya.Melihat keadaan itu, Nikator mula menenangkan semula dirinya.Mengumpul kekuatan untuk bangun semula.Antara takut dan tidak,sekali lagi Nikator menghampiri Raja Hitam.Jemarinya mula mendekat ke tubuh Raja Hitam dan mengusapnya perlahan.Raja Hitam membiarkan perbuatan Nikator, seperti dia mula senang dan menerima kehadiran Nikator.Nikator memberanikan diri untuk menunggang Raja Hitam.Percubaan pertama dan keduanya gagal.Nikator jatuh ke tanah.Sehinggalah kepada percubaan ketiga barulah Nikator berjaya.Nikator membawa Raja Hitam pulang dan memeliharanya.Sejak itu, Raja Hitam tetap setia menemani Nikator walaupun dia telah menjadi Putera Kegelapan, sehinggalah Nikator bertarung dan menewaskan Maharba serta membunuh Shania dalam pertarungan pertama.Raja Hitam berasa simpati dengan Maharba dan Shania.Raja Hitam seperti ingin menemani dan tidak mahu meninggalkan Maharba.Nikator menghormati keputusan Raja Hitam dan melangkah pergi.Selain Nikator, hanya Maharba yang berpeluang untuk menunggang Raja Hitam.Sejak itu,Raja Hitam mula menemani Maharba dan akhirnya Maharba memberi nama baru kepada Raja Hitam iaitu Nikon yang bermaksud kemenangan.
Gambar :Google Images
*Cerita ini hanya fiksyen dan fantasi.Sebarang percanggahan dengan nilai agama amatlah dikesali.

Thursday, November 17, 2016

Lois Dunamis (Sayap Kenangan) :Pertarungan Pertama


Lois Dunamis (Sayap Kenangan) : Pertarungan Pertama.
Nikator mencekik leher Maharba dan mendorongnya ke atas.Tubuh Maharba terangkat dan tergantung.Nikator memandang wajah Maharba lama-lama.Wajah Maharba yang berlumuran dengan darah dan terdapat kesan calar dan hirisan kelihatan amat teruk sekali.Tulang rusuknya patah.Pedang Hati Singanya yang digenggam Nikator telah musnah dan mendebu.Anak matanya mengecil dan nafasnya mendesah perlahan.Nikator memandang wajah Maharba dengan penuh angkuh dan kebencian. “Maharba, inilah kehebatan kuasa kegelapan.Dan, kuasa ini akan terus membayangi kau,Maharba,”bisik Nikator dengan perlahan namun penuh dengan sindiran.Maharba hanya terdiam.Dia antara mendengar dengan tidak kata-kata Nikator.Tidak lama,Nikator melepaskan cengkaman ke atas leher Maharba. Maharba jatuh ke tanah dan terlutut dan kemudian tersembam ke tanah.Nikator kemudiannya mengangkat tinggi kakinya dan memijak perlahan kepala Maharba. “Sedih aku melihat kau,Maharba.Tapi,kali ini aku beri kau peluang untuk hidup.Dan, jangan pernah cuba untuk melawan aku lagi,”kata Nikator lagi.Sesaat, Nikator memandang ke suatu sudut.Nikator melihat sekujur tubuh gadis sudah kaku dan berlumuran darah.Sayapnya sudah patah dan putus.Bulu pelepahnya bertaburan di tanah.”Shania,inilah padahnya kerana kau mengikuti Maharba,”Nikator berkata lagi.Nikator mengalihkan kakinya dari kepala Maharba.Dia mula melangkah dan beredar.Memandang Raja Hitam iaitu kuda perkasanya yang mula perlahan mendekati Nikator.Raja Hitam menunduk kepalanya.Seakan bersimpati dengan nasib Maharba dan Shania.Nikator mengusap Raja Hitam."Kau suka kepadanya Raja Hitam?"Nikator tahu Raja Hitam amat menyukai Maharba.Raja Hitam seperti tidak mahu pulang dan ingin menemani Maharba."Aku pergi dulu, Raja Hitam,"kata Nikator.Nikator menepuk tubuh Raja Hitam dan kemudian melangkah pergi dan menghilang diiringi kabus.Di suatu tempat, Lehcim iaitu seorang tua yang memegang sebatang tongkat memandang ke atas.Lehcim melihat awan mula bergumpal dan menghitam.Lehcim dapat mendengar tangisan kekecewaan.Mata Lehcim genang dan berkaca.”Kegelapan telah menyelubungi semesta,”katanya dalam hati.
Gambar : Google Images
*Cerita ini hanya fantasi dan fiksyen.Sebarang percanggahan dengan nilai agama adalah amat dikesali.

Lois Dunamis :Pedang Maharba Gnareyn



Lois Dunamis.Pedang yang pernah digunakan oleh Maharba Gnareyn sepanjang pengembaraan dan pertarungannya.Pedang bumi adalah pedang pertama yang dimiliki oleh Maharba Gnareyn.Pedang bumi adalah pedang yang dihadiahkan oleh Uannum Namron kepadanya setelah selesai mempelajari ilmu pencak dan pertarungan bersama Uannum Namron.Pedang bumi diperolehi Uannum Namron melalui mimpi yang diberikan oleh Lehcim.Pedang Hati Singa pula adalah pedang biru agung yang ditempa oleh seorang pembuat pedang iaitu Leinad menggunakan tiga bahan iaitu Adamantine, taring naga, dan nadi peluru.Adamantine diperolehi daripada makhluk Adamantoise manakala taring naga diperolehi daripada Leviathan iaitu naga air mistik.Pedang Hati Singa telah musnah dalam pertarungan pertama Maharba Gnareyn dengan Nikator.Pedang Awan Bercabang ialah pedang terakhir Maharba Gnareyn yang diturunkan dari langit. Pedang ini dibawa oleh Shania untuk menggantikan Pedang Hati Singa yang telah musnah.Pedang Awan Bercabang digunakan untuk pertarungan terakhir dengan Nikator yang telah berubah menjadi makhluk mutlak atau Raja Kegelapan.
Gambar :Google Images
*Cerita ini adalah fiksyen dan fantasi.Sebarang percanggahan dengan nilai agama amatlah dikesali.

Tuesday, November 15, 2016

Lois Dunamis ; Shania (Perwatakan)


Shania.Perbezaan perwatakan Shania semasa hayatnya sebelum mati dan sesudah dihidupkan semula.Kalau sebelumnya, Shania lebih lembut dan feminin.Berbeda sesudah dihidupkan semula, perwatakannya lebih dingin, menutup wajahnya dengan kain, sayapnya lebih lebar dan besar serta putih kebiruan.Tiada lagi kelopak bunga dirambutnya.Hikmat dan tahap kekuatannya lebih tinggi(level telah meningkat)dan bersifat wirawati dengan memegang sebilah pedang iaitu Pedang Awan Bercabang yang kemudiannya Shania turun dari langit dan memberikan pedang itu kepada Maharba Gnareyn.Saya rindukan Shania yang lama, tapi yang baru ini nampak hebat.'Cool' kan? πŸ˜€πŸ˜πŸ˜ŠπŸ˜‡
Gambar: Google Images 

Lois Dunamis : Shania (Kelahiran Semula)


Lois Dunamis
Shania (Kelahiran Semula).Tangan kanannya memegang Pedang Awan Bercabang, yang tercipta daripada gemawan,titis gerimis air mata yang membeku,tujuh lapis langit,tujuh warna pelangi, dan cinta kasih Tuhan terhadap pengorbanan Shania.Pedang Awan Bercabang tercipta untuk menggantikan Pedang Hati Singa yang telah musnah.Shania yang telah mati dan dihidupkan semula, turun dari langit untuk memberikan pedang ini kepada Maharba Gnareyn untuk menewaskan Nikator yang telah berubah menjadi makhluk mutlak atau Raja Kegelapan.πŸ˜‡
Gambar : Google Images
 

Lois Dunamis : Maharba Gnareyn (Pertarungan Terakhir)


Maharba Gnareyn dengan baju perisai terbaru yang diberikan oleh Shania setelah tewas dan hampir maut dalam pertarungan pertama yang membawa kepada kematian Shania.Kali ini bangkit dalam pertarungan kedua dan terakhir dengan Raja Kegelapan dengan menggunakan Pedang Awan Bercabang yang dibawa turun oleh Shania dari langit setelah Pedang Hati Singanya musnah.
Gambar : Google Images
πŸ˜‡


Lois Dunamis :Nikator (Putera Kegelapan)



Nikator.Wajahnya, ketika masih menjadi seorang yang baik dan wajahnya selepas memilih sisi gelap dan menjadi Putera Kegelapan.Why, Nikator?😒😭Nantikannya malam ini.
"Aku fikir aku ialah Tuhan, hakikatnya aku hanyalah seorang lelaki yang kecewa..."~Nikator
Gambar : Google Images
 

Lois Dunamis (Sayap Kenangan)


Lois Dunamis (Sayap Kenangan)(Wings Of Memory) Momen Shania dan Maharba.Malam ini.Jangan lupa sediakan tisu.😒😭
Gambar :Google Images
 

Monday, November 14, 2016

Lois Dunamis(Ynnor Iaregetnom)



Dalam Lois Dunamis, Ynnor Iaregetnom ialah adik kepada Maharba Gnareyn.Ynnor adalah seorang peramal yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan mata ketiganya (iaitu mata dalaman) yang merupakan mistik dan esoterik yang merujuk kepada mata tidak kelihatan spekulatif yang menyediakan persepsi di luar penglihatan biasa. Mata ketiga disebut pintu gerbang yang membawa dalam ke alam dalaman dan ruang kesedaran yang lebih tinggi. Mata ketiga sering melambangkan keadaan pencerahan atau penimbulan imej mental dan mempunyai kepentingan rohani atau psikologi yang amat peribadi. Mata ketiga sering dikaitkan dengan wawasan agama, kewaskitaan, keupayaan untuk melihat chakra dan aura,prekognisi, dan pengalaman di luar badan. Ynnor juga mempunyai visi pada mata sebelah kanan, iaitu dapat melihat keagungan dan kehancuran masa depan.Imej masa depan akan terpancar dan kelihatan dalam anak mata Ynnor apabila dia memegang permata biru yang tergantung di lehernya.Dalam pengembaraannya, Maharba telah berjumpa semula dengan adiknya Ynnor.Perjumpaan semula itu telah membawa seribu satu erti kepada keduanya.Maharba telah meminta pertolongan daripada Ynnor untuk menjejak tempat persembunyian makhluk Adamantoise dan naga Leviathan demi mendapatkan Adamantine dan taring naga Leviathan sebagai bahan untuk menempa sebilah pedang biru agung yang bernama Hati Singa.Mampukah Ynnor membantu Maharba?Nantikan kisah seterusnya.
*Cerita ini adalah fiksyen ;)

Gambar :Google Images

Lois Dunamis (Shania)


Dalam Lois Dunamis, Shania ialah seekor burung merpati putih hikmat peliharaan Puteri Foteine yang selalu menemaninya.Saat Puteri Foteine tidak sedarkan diri dan hilang semua ingatan dan kepingan kenangannya yang bertebaran ke seluruh semesta, Shania telah mengembara mencari seseorang yang boleh mengembalikan semula ingatan dan kepingan kenangan Puteri Foteine.Dalam pengembaraannya, Shania telah singgah di jendela sebuah rumah.Dia dalamnya, kelihatan seorang lelaki sedang menyalin sesuatu daripada sebuah kitab lama dan menulisnya pada skrol.Shania terbang masuk dan menghampiri lelaki itu yang sedang menulis.Lelaki itu menyedari kehadiran Shania.Dia terkejut melihat seekor burung merpati putih itu.Shania mendekati lelaki itu.Lelaki itu yang tertarik dengan kehadiran Shania memberanikan diri mengambilnya kerana burung merpati itu kelihatan jinak sekali. Shania kemudian menggunakan hikmatnya iaitu dengan menidurkan lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya tidak sedarkan diri. Shania terus berubah bentuk menjadi seorang perempuan cantik yang bersayap serta bercahaya.Saat lelaki itu tertidur, Shania menyentuh dahi lelaki itu dan menghadirkan diri dalam mimpinya. Dalam mimpi lelaki itu,Shania memberitahu mengenai keadaan Puteri Foteine dan dia meminta pertolongan lelaki itu untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Shania juga memberitahu tempat di mana Puteri Foteine berada dan lelaki itu harus cepat mengembara untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Setelah memberitahu segalanya, Shania mengubah bentuknya semula menjadi burung merpati.Shania menggunakan sekali lagi hikmatnya untuk menyedarkan lelaki itu.Lelaki itu tersedar dari mimpi dan melihat burung merpati itu masih berada di sisinya.Lelaki itu mengambil burung merpati itu dan melihat matanya dalam-dalam dan matanya seakan-akan bergenang dan berkaca.Lelaki itu segera faham dan mengangguk.Dia mengusap burung merpati itu.Dialah Maharba Gnareyn, seorang penulis skrol,penyair, dan pembaca kitab lama.Takdir telah menemukannya dengan Shania, burung merpati hikmat Puteri Foteine.Dan kemudian, pengembaraan pun bermula ke empat sudut dunia. :)

*Cerita ini adalah fiksyen
Gambar hiasan : Google Images

Lois Dunamis (2017)



Lois,possibly derived from Greek λωιων (loion) meaning "more desirable" or "better".
The Greek dunamis is used 120 times in the New Testament. Loosely, the word refers to “strength, power, or ability.” It is the root word of our English words dynamite, dynamo and dynamic.
Lois Dunamis sebuah karya fantasi epik.Akan menemui pembaca pada awal Januari 2017.Nantikannya, iya? πŸ˜ŠπŸ˜
Gambar hiasan : Google Images.

Lois Dunamis (Kesengsaraan Puteri Foteine)



Lois Dunamis (Kesengsaraan Puteri Foteine)
Maharba Gnareyn.Lelaki yang ditugaskan untuk mencari kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine yang telah lenyap.Asalnya seorang pembaca kitab dan penulis skrol lama.Seorang penyair.Berlatih ilmu seni mempertahankan diri dengan Uannum Namron demi mempersiapkan diri dalam pengembaraannya ke empat sudut dunia bersama dengan Nikon, kuda hitam milik Alec dan Shania, burung merpati putih hikmat peliharaan Puteri Foteine.Dalam pengembaraan, dia bertemu dengan dua orang adiknya iaitu Socram Gnapel dan Ynnor Iaregetnom.Pengembaraan yang penuh dengan ujian dan cabaran.Mampukah Maharba Gnareyn menemukan semua kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine demi seorang lelaki bernama Alec dan menahan amarah abangnya Nikator?Atau Maharba Gnareyn sendiri menjerumuskan dirinya dalam persaingan cinta ini?Nyata, keikhlasan Maharba Gnareyn untuk membantu benar-benar teruji.Siapakah pilihan Puteri Foteine akhirnya? Nikon dan Shania.Nikon, kuda hitam perkasa dan Shania, merpati putih hikmat yang boleh berubah menjadi seorang perempuan, mengiringi dan membantu Maharba Gnareyn dalam pengembaraannya mencari kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine yang telah lenyap demi menyatukan dua jiwa. :)
Gambar :Google Images
*Cerita ini adalah fiksyen

Lois Dunamis (Pengenalan)



Lois Dunamis...

Pertarungan antara dua adik-beradik, Alec dan Nikator sebagai penentu nasib Puteri Foteine.
"Apabila seorang lelaki berjuang segala-galanya demi cinta dan seorang lagi melepaskan dunia dan menyerahkan semuanya untuk abang tersayang.Dan Si Puteri ingin mengakhiri hidupnya demi satu pertalian darah. 

...Aku fikir aku ialah Tuhan.Hakikatnya, aku hanyalah seorang lelaki yang kecewa...

Menemui pembaca tidak lama lagi... 


Gambar :Google Images

Saturday, November 5, 2016

New Picture




Karya Am Nass Di Youtube

Kristina Special.Fragmen 1-4

Perahu Timun Iban.Fragmen 1-3

Titis Gerimis.Sajak dan Novel (Fragmen 1-3)

Subscribe :)
Breaking News
Loading...