-->
  • Lois Dunamis :Pedang Maharba Gnareyn



    Lois Dunamis.Pedang yang pernah digunakan oleh Maharba Gnareyn sepanjang pengembaraan dan pertarungannya.Pedang bumi adalah pedang pertama yang dimiliki oleh Maharba Gnareyn.Pedang bumi adalah pedang yang dihadiahkan oleh Uannum Namron kepadanya setelah selesai mempelajari ilmu pencak dan pertarungan bersama Uannum Namron.Pedang bumi diperolehi Uannum Namron melalui mimpi yang diberikan oleh Lehcim.Pedang Hati Singa pula adalah pedang biru agung yang ditempa oleh seorang pembuat pedang iaitu Leinad menggunakan tiga bahan iaitu Adamantine, taring naga, dan nadi peluru.Adamantine diperolehi daripada makhluk Adamantoise manakala taring naga diperolehi daripada Leviathan iaitu naga air mistik.Pedang Hati Singa telah musnah dalam pertarungan pertama Maharba Gnareyn dengan Nikator.Pedang Awan Bercabang ialah pedang terakhir Maharba Gnareyn yang diturunkan dari langit. Pedang ini dibawa oleh Shania untuk menggantikan Pedang Hati Singa yang telah musnah.Pedang Awan Bercabang digunakan untuk pertarungan terakhir dengan Nikator yang telah berubah menjadi makhluk mutlak atau Raja Kegelapan.
    Gambar :Google Images
    *Cerita ini adalah fiksyen dan fantasi.Sebarang percanggahan dengan nilai agama amatlah dikesali.
  • You might also like

    Tiada ulasan: