-->
  • Lois Dunamis(Ynnor Iaregetnom)



    Dalam Lois Dunamis, Ynnor Iaregetnom ialah adik kepada Maharba Gnareyn.Ynnor adalah seorang peramal yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan mata ketiganya (iaitu mata dalaman) yang merupakan mistik dan esoterik yang merujuk kepada mata tidak kelihatan spekulatif yang menyediakan persepsi di luar penglihatan biasa. Mata ketiga disebut pintu gerbang yang membawa dalam ke alam dalaman dan ruang kesedaran yang lebih tinggi. Mata ketiga sering melambangkan keadaan pencerahan atau penimbulan imej mental dan mempunyai kepentingan rohani atau psikologi yang amat peribadi. Mata ketiga sering dikaitkan dengan wawasan agama, kewaskitaan, keupayaan untuk melihat chakra dan aura,prekognisi, dan pengalaman di luar badan. Ynnor juga mempunyai visi pada mata sebelah kanan, iaitu dapat melihat keagungan dan kehancuran masa depan.Imej masa depan akan terpancar dan kelihatan dalam anak mata Ynnor apabila dia memegang permata biru yang tergantung di lehernya.Dalam pengembaraannya, Maharba telah berjumpa semula dengan adiknya Ynnor.Perjumpaan semula itu telah membawa seribu satu erti kepada keduanya.Maharba telah meminta pertolongan daripada Ynnor untuk menjejak tempat persembunyian makhluk Adamantoise dan naga Leviathan demi mendapatkan Adamantine dan taring naga Leviathan sebagai bahan untuk menempa sebilah pedang biru agung yang bernama Hati Singa.Mampukah Ynnor membantu Maharba?Nantikan kisah seterusnya.
    *Cerita ini adalah fiksyen ;)

    Gambar :Google Images
  • You might also like

    Tiada ulasan: