-->
  • Lois Dunamis : Nikon (Raja Hitam)


    Lois Dunamis : Nikon(Raja Hitam)
    Dalam Lois Dunamis,Raja Hitam ialah kuda hitam perkasa milik Nikator.Raja Hitam adalah baka kuda yang terbaik.Raja Hitam pada awalnya adalah kuda liar yang ditemui oleh Nikator sewaktu dia berjalan seorang diri di hutan.Raja Hitam ketika itu sedang minum air di sebatang sungai.Nikator yang terserempak dengan Raja Hitam amat tertarik dengannya.Tubuhnya besar dan gagah, warnanya hitam pekat dan bersinar.Bulu yang lebat menutupi matanya. Nikator memberanikan diri mendekati Raja Hitam.Raja Hitam yang menyedari kehadiran Nikator mendengus dan mengangkat tinggi tubuhnya.Raja Hitam menghentakkan kakinya ke tanah berkali-kali.Seperti ingin mengancam dan mencederakan Nikator.Nikator terduduk ke tanah dan berasa amat takut sekali.Tidak lama, Raja Hitam mula bertenang dan kemudian menunduk dan merendahkan dirinya.Melihat keadaan itu, Nikator mula menenangkan semula dirinya.Mengumpul kekuatan untuk bangun semula.Antara takut dan tidak,sekali lagi Nikator menghampiri Raja Hitam.Jemarinya mula mendekat ke tubuh Raja Hitam dan mengusapnya perlahan.Raja Hitam membiarkan perbuatan Nikator, seperti dia mula senang dan menerima kehadiran Nikator.Nikator memberanikan diri untuk menunggang Raja Hitam.Percubaan pertama dan keduanya gagal.Nikator jatuh ke tanah.Sehinggalah kepada percubaan ketiga barulah Nikator berjaya.Nikator membawa Raja Hitam pulang dan memeliharanya.Sejak itu, Raja Hitam tetap setia menemani Nikator walaupun dia telah menjadi Putera Kegelapan, sehinggalah Nikator bertarung dan menewaskan Maharba serta membunuh Shania dalam pertarungan pertama.Raja Hitam berasa simpati dengan Maharba dan Shania.Raja Hitam seperti ingin menemani dan tidak mahu meninggalkan Maharba.Nikator menghormati keputusan Raja Hitam dan melangkah pergi.Selain Nikator, hanya Maharba yang berpeluang untuk menunggang Raja Hitam.Sejak itu,Raja Hitam mula menemani Maharba dan akhirnya Maharba memberi nama baru kepada Raja Hitam iaitu Nikon yang bermaksud kemenangan.
    Gambar :Google Images
    *Cerita ini hanya fiksyen dan fantasi.Sebarang percanggahan dengan nilai agama amatlah dikesali.

  • You might also like

    Tiada ulasan: