Friday, January 4, 2013

Selekoh Terakhir...~Fragmen 1



Selekoh Terakhir...Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelumba haram bernama Guran yang berusia 20 tahun. Malam itu, Guran berlumba dengan Aloi. Guran ketinggalan kira-kira 10 meter. Aloi yang mendahului tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Motosikalnya semakin perlahan. Walaupun dia memulas sehabis daya, juga tidak menjadi. Guran berjaya memintas Aloi. Guran mengejek Aloi dan terus memecut laju. Aloi semakin tertinggal. Guran memusing kepalanya ke belakang. Dia ingin mengejek Aloi sekali lagi. Kemudian dia berpaling semula. Tiba-tiba seekor kucing hitam buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut. Guran hilang kawalan. Tangannya terlepas. Dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Menderu. Melanggar Guran. Guran terpelanting lagi. Kali ini lebih jauh.Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat. Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula memberat. Guran berusaha membuka.  Tidak...Aku tidak mahu mati. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat. Tiba-tiba Guran dikejutkan oleh satu suara. Dron, sahabatnya mengejutkan Guran. Dron mengejutkan Guran kerana dia ada perlumbaan dengan Aloi malam itu. Guran masih terpinga-pinga. Dron mengingatkan Guran lagi tentang perlumbaan itu. Sesaat, Guran teringat tentang kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Di satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat kematian kau, Guran. Guran membatalkan niatnya untuk berlumba. Dron terkejut mendengar jawapan yang keluar dari mulut Guran. Guran menyapu wajahnya. Tangannya terketar-ketar.Sesaat, dia merasakan tubuhnya lain semacam.Seram dan sejuk.Dadanya masih berdebar.Jantungnya berdegup pantas.Sedaya dia cuba menenangkan diri. Guran menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya perlahan. Dron kehairanan melihat tingkah laku Guran. Dron bertanya tentang keadaan Guran. Guran meminta Dron mengambilkannya segelas air kerana dia merasa amat haus.Malam itu, Guran tidak jadi berlumba. Sebaliknya, dia pergi ke sebuah bar dan minum untuk menenangkan diri. Dron berasa takut dengan keputusan Guran. Ini kerana orang yang akan berlumba dengan Guran ialah Aloi, dan Guran sudah berjanji untuk berlumba malam itu. Di tempat perlumbaan, ramai orang sudah berhimpun. Sudah lama Aloi menunggu tetapi dia tidak melihat kelibat Guran. Aloi tidak dapat menahan kemarahannya. Dia menghempaskan helmet ke tanah sambil menyumpah. Dia menjerit nama Guran. Aloi rasa tertipu dan dimalukan di hadapan kawan-kawannya. Dan dia merasakan Guran patut menerima balasan.Waktu itu, Aloi teringat akan satu perkara yang boleh memuaskan hatinya. Sesuatu yang boleh menebus malunya. Apakah maksud mimpi Guran itu? Adakah ia gambaran kematiannya? Apa yang akan berlaku seterusnya kepada Guran? Bagaimana dia akan berhadapan dengan Aloi? Dan apakah perkara yang boleh memuaskan hati Aloi dan dapat menebus malunya? Semuanya dalam Selekoh Terakhir...~
 

Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...