Saturday, January 12, 2013

Kristina~Dia Tidak Tahu Akan Kewujudanku (Fragmen 4)



Kristina~Dia Tidak Tahu Akan Kewujudanku (Fragmen 4)
Kristina dan Mike saling berpandangan. Bibir Kristina menguntum senyum. Mike kemudiannya tertunduk. Habislah...fikir Mike dalam hatinya. Habis, kerana semua rahsianya sudah diketahui oleh Kristina. Kerana selama ini dia memerhati Kristina dari jauh dan menjadikan Kristina subjek dalam lukisannya. Kristina meletakkan semula pensel di atas meja. Sekali lagi dia memerhatikan lukisan itu. Dan matanya terarah kepada sepotong ayat yang baru ditulisnya tadi. “ Hatiku bersimfoni...”, ayat itu ditulis oleh Kristina kerana dia merasakan hatinya cukup gembira saat itu. Hatinya damai berlagu seperti diiringi oleh kicauan burung dan orkestra. Takut? Kristina seperti tidak ada perasaan itu lagi. Sebaliknya dia pula ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri Mike. Perlahan, Kristina berjalan ke arah Mike. Mike merasakan Kristina semakin menghampirinya. Mike masih menunduk. Dia takut untuk mengangkat kepalanya. “Hei, kamu!” kata Kristina. Perlahan Mike mengangkat mukanya. TIba-tiba Kristina menghayunkan penumbuk ke muka Mike. Tetapi tidak singgah. Sengaja Kristina buat begitu untuk melihat reaksi Mike. Kristina kemudiannya tertawa. Menampakkan baris giginya yang cantik. Mike tersentak dengan perlakuan Kristina. Kali ini giliran Mike pula yang tersipu malu. Muka Mike pula yang merona merah.Tidak lama, datang seorang pelajar perempuan ke arah mereka berdua. Pelajar perempuan itu segera mendapatkan Kristina. Dia melihat Mike sesaat. Dia sedikit hairan. Apa yang Kristina buat bersama lelaki ini? Apa yang mereka bualkan? “ Kristina, apa yang kau buat di sini?” tanya pelajar perempuan itu. Kristina terdiam seketika. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai. “Tidak, aku beri risalah pertandingan fotografi tadi,” sahut Kristina. “Oh, begitu. Eh, Kristina! Cikgu Stephen cari kau,” beritahu pelajar perempuan itu. “ Cikgu Stephen cari aku?” Kristina kehairanan. “ Ya, cepatlah! Dia dah tunggu di bilik guru,” pelajar perempuan itu menarik tangan Kristina. “ Ya, sabarlah Isabel,” balas Kristina lagi. Kristina memandang Mike sekilas. Dia mengenyitkan mata dan tersenyum lagi. Isabel tidak melihat perlakuan Kristina. Mike semakin tersipu. Tidak sangka Kristina seberani itu mengusiknya. Tidakkah dia berasa takut? Takut kerana Mike melukis dirinya? Mike kehairanan melihat perlakuan Kristina. Kalau gadis lain sudah tentu dikoyak-koyakkan lukisan itu dan dia akan dimarahi serta dimalukan di hadapan pelajar lain. Mike masih tercegat di pintu kelas.
Tiba-tiba Mike teringat semula apa yang dilakukan oleh Kristina tadi. Kristina tadi sedang menulis sesuatu pada kertas lukisannya. Mike segera mendapatkan kertas lukisannya. Dia ingin membaca apa yang Kristina telah tulis Dan di ruangan tepi sebelah kanan bawah lukisan itu Mike terbaca, “hatiku bersimfoni...”. Hati Mike teruntun membaca sepotong ayat itu. Dia tidak menyangka Kristina akan menulis ayat itu pada lukisan yang dilukisnya. Dan kini, di kepala Mike mengandung banyak persoalan. Apakah yang dirasai oleh Kristina sebenarnya? Adakah gadis itu mula menyukainya atau sepotong ayat yang ditulis itu hanyalah satu usikan nakal Kristina? Mike mengusap kepalanya. Kristina, gadis ini  meruntun hatiku...
Bersambung di Fragmen 5~^^   
       
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...