Thursday, December 30, 2010

Love Is.My Sunset Sketches

James, aku...

“Awak lihatlah. Orang yang tiada awak letak dalam hati awak, dialah orang yang pertama mengetuk pintu rumah awak, bertanyakan khabar apabila awak ditimpa kesusahan.” Am meluahkan rasa yang selama ini terbuku dalam hatinya. Dia kasihan melihat James. Dia betul-betul ingin menolong lelaki itu. Am memandang Carol sekilas. Cantik tetapi tidak tahu berfikir. Membeda yang mana intan, yang mana kaca. Di mana Richard saat-saat dia memerlukan lelaki itu? 

        Carol menunduk. Riak kesal jelas terpancar di wajahnya. Sesaat, dia menitis air mata. Dia teringat perbuatannya terhadap James. Bagaimana dia mengoyak lukisan kecil pemandangan di tepi pantai yang dilukis, dan dihadiahkan oleh James kepadanya dahulu. Dan cebisan koyakan itu ditabur perlahan oleh Carol ke dalam gelas minuman milik James, sengaja membiarkan lelaki itu melihat sendiri hasil karyanya larut dalam air minumannya sendiri. Itulah Carol, dan James masih mengaguminya.


SOURCE: Google iMAGES


Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...