Thursday, December 30, 2010

Love Is.My Sadness Melody


Love Is.My Sadness Melody

Ed...
Edward melihat mentari senja . Kelihatan, beberapa ekor camar pulang petang. Angin senja menghembus. Membelai lembut rambut Natalie yang baru dipotongnya separas bahu.Natalie    menunduk. Jemarinya memegang ranting kayu. Perlahan, dia membuat garisan pada pasir. Dari atas dan kemudian membawah. Disambungnya garisan itu, diulang semula, kemudian dilajukan. 

        Perbuatannya itu, sekejap, menarik perhatian Edward yang berdiri tidak jauh. Seakan ingin menegur, Edward membatalkan niatnya, barangkali tegurannya akan menganggu kelekaan Natalie. Tak lama, Natalie menghentikan perbuatannya. Dia membuang ranting itu, perlahan. Natalie merenung Edward. Dia merasakan yang Edward memerhati perbuatannya sebentar tadi. Edward membalas renungan Natalie. Keduanya berpandangan. Saling memaknakan renungan. Natalie menunduk semula. Edward kembali melihat mentari senja yang hampir membenam.

        “Ed...”Natalie mula mengatakan sesuatu. Ed memalingkan mukanya. Dia memandang Natalie. Tersenyum “Yes?” Ed menunggu jawapan daripada gadis itu. “ Ed, kita putus.”


Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...