Sunday, December 18, 2016

Shan, Empat Musim Di Hatiku (Fragmen Istimewa)



Shan, Empat Musim Di Hatiku (Fragmen Istimewa)
Mengimbau kembali detik mulanya perkenalan Shan dengan seorang kanak-kanak perempuan penghidap sindrom down iaitu Madison.Bagaimana Shan sebagai seorang guru pendidikan khas berhadapan, melayan, mendidik, dan membimbing Madison.Madison seorang anak kecil yang pada mulanya tidak berminat dengan Shan.Shan yang merasakan dia tidak dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan Madison, semalaman memikirkan kaedah yang sesuai dan membuat kajian.Melalui pembacaannya, Shan mendapat satu idea.Dia mereka sebuah boneka tangan dan mencipta satu jalan cerita yang menarik untuk dipersembahkan kepada Madison.Percubaannya bercerita tidak begitu berjaya sehinggalah pada akhirnya, Madison memegang tangan Shan yang tersarung oleh boneka itu, menarik dan mendekatkannya ke pipinya.Madison senyum dan tersengih kemudiannya.Dia cuba untuk mengungkapkan sesuatu namun tidak begitu jelas kedengaran.Lama juga Madison memegang tangan Shan dan mendekatkannya ke pipi.Seperti dia ingin merasai kehangatan tangan guru muda itu.Shan tersentuh hati melihat perlakuan Madison.Dia kemudiannya mengusap wajah anak kecil itu.Madison tertawa kemudiannya, menampakkan baris giginya yang tidak teratur dan matanya yang menyepet.Namun, bagi Shan anak kecil itu tetap comel dan cantik. Shan telah menetapkan satu azam.Dia telah berjanji kepada dirinya sendiri yang dia akan bersungguh mendidik Madison dan kanak-kanak lain yang senasib sepertinya.Nyata,Tuhan telah menentukan takdirnya untuk menjadi seorang guru pendidikan khas demi mendidik anak-anak ini.Dan, azam itu telah tertanam kukuh di dalam hatinya.

Gambar hiasan : Google Images
*Cerita ini adalah fiksyen dan sebarang persamaan dengan realiti adalah kebetulan.
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...