Sunday, December 18, 2016

Shan, Empat Musim Di Hatiku (Fragmen 1 dan 2)


Shan, Empat Musim Di Hatiku (Momen Istimewa) Fragmen 1
Pertemuan di antara Zelda Arianna Shan dengan Am Nass
Tempat pertemuan: Ristorante La Sponda, Posinato, Itali

Am Nass melirik jam Patek Philippe di pergelangan tangan kirinya.Jarum jam menunjukkan waktu pukul 7.45 malam. Tidak lama, dia kembali membuka diari Smythson Soho yang berwarna biru.Jemarinya mengeluarkan sebatang pen jenama Pilot Custom 823 yang diselitkan di dalam diari.Kemudian, dia mula menulis beberapa bait puisi.Sudah lama dia tidak menulis puisi.Entah mengapa, kali ini ringan pula tangannya mendansakan pena di diarinya.Diari yang sering menjadi peneman setianya.Suasana di dalam Ristorante La Sponda cukup indah sekali.Lebih kurang 400 batang lilin menghiasi ruang meja makan di situ.Am Nass sedang menunggu seseorang.Seseorang yang selama ini ingin bertemu dengannya.Beberapa orang pelanggan sedang mula memenuhi ruang Ristorante La Sponda dan mengambil tempat duduk. Mereka didekati beberapa orang pelayan.Tidak lama, seorang pelayan membuka pintu restoran dengan perlahan. “Selamat malam, Cik.Selamat datang ke Ristorante La Sponda,”kata pelayan kepada gadis itu. “Terima kasih,”gadis itu menjawab lembut.Dia memasuki ruang restoran.Sesorang lagi pelayan yang berhampiran mula mendapatkan gadis itu dan mendekatinya. “Cik Zelda Arianna Shan?”tanya pelayan itu.”Ya, saya,”jawab gadis itu lagi. “Encik Am Nass sudah menunggu di hujung sana.Mari ikut saya, Cik,” pelayan itu mempelawa gadis itu sambil jemarinya menunjukkan meja makan tempat Am Nass menunggu. Gadis dan pelayan itu berjalan beriringan. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki masih menulis pada diari birunya.Semakin lama, gadis dan pelayan menghampiri lelaki itu.Kedengaran bunyi derap kaki menuju ke arahnya. Bunyi itu menarik perhatiannya.Seketika, bunyi derap kaki itu terhenti.Dia berhenti menulis dan mendongak.Dia amat tersentak.Di hadapannya,berdiri seorang gadis yang amat cantik sekali.Gadis itu memakai gaun merah gelap.Rambutnya disanggul.Matanya hijau bersinar dan dagunya belah.Di bahunya tergantung tas tangan. “Encik Am Nass, ini Cik Zelda Arianna Shan,” kata pelayan itu. “Oh, ya.Maafkan saya,” Am Nass menutup semula diari dan menyelitkan pen dalam diarinya.Am Nass kemudiannya berdiri.Sedang pelayan itu ingin menarik kerusi, Am Nass menghalangnya. “Tidak mengapa, biar saya aturkan.Terima kasih, iya,” kata Am Nass.Pelayan itu tersenyum melihat gelagat Am Nass.Am Nass menarik kerusi dengan perlahan, kemudian mempelawa Zelda Arianna Shan untuk duduk.Zelda Arianna Shan melabuhkan punggungnya di kerusi sambil mengatur gaunnya.Kemudian, Am Nass mengambil tempat duduknya semula. “Ya, Encik Am Nass.Boleh saya ambil pesanan sekarang?” tanya pelayan itu. “Saya hendak hidangan istimewa malam ini. Chef’s Tasting Menu dengan Poderi Aldo Conterno Wines,”kata Am Nass. “Ya, Encik.Terima kasih,hidangan akan tiba sebentar lagi.Saya minta diri dulu,”kata pelayan itu.Am Nass memandang pelayan itu.Dia mengangguk dan tersenyum.Pelayan itu kemudiannya beredar dan menuju ke dapur, meninggalkan Am Nass dan Zelda Arianna Shan.Am Nass dan Zelda Arianna Shan saling berpandangan.Suasana senyap seketika. “Apa khabar, Shan?” tanya Am Nass. “Khabar baik,Am,” jawab Zelda Arianna Shan dengan lembut. “Awak sangat cantik malam ini, Shan.Gaun merah gelap ini sesuai dengan awak,”kata Am Nass. “Awak juga, Am.Cantik tuxedo awak.Prada?” tanya Zelda Arianna Shan. “Ya, Prada,” jawab Am Nass. Selang beberapa minit, seorang pelayan datang kembali dengan membawa sebotol wain putih Poderi Aldo Conterno sambil menatang dulang gelas.Pelayan itu kemudiannya membuka botol wain putih itu dan menuangkannya ke dalam gelas. “Terima kasih,” kata Am Nass.Pelayan itu tersenyum dan masih berdiri di situ.Mengambil tempat di tepi. “Shan,”kata Am Nass. Dia menatang gelas wain putih itu.Menggoncangnya sedikit dan kemudian mendekatkannya ke hidung.Menikmati aroma dan baunya.Shan menuruti perbuatan Am Nass.Keduanya saling tersenyum dan kemudian meminum wain putih itu.
Bersambung…

Shan, Empat Musim Di Hatiku (Momen Istimewa) Fragmen 2
Pertemuan di antara Zelda Arianna Shan dengan Am Nass 
Tempat pertemuan: Ristorante La Sponda, Posinato, Itali.

Zelda Arianna Shan dan Am Nass selesai menikmati hidangan paling istimewa malam itu iaitu ‘Linguine with Clams’.Hidangan terdahulunya adalah seperti ‘Sardines poached in Olive Oil’,’Pickled Mackerel’, dan ‘Peach Soup with Langoustine’.Hidangan klasik Itali ini nyata menyelerakan.Ianya diakhiri dengan ‘Chocolate and Plum Pudding’ sebagai pencuci mulut.Tidak kurang dengan itu, Chef Ristorante La Sponda, iaitu Chef Matteo Temperini telah keluar untuk berjumpa dengan Zelda Arianna Shan dan Am Nass di meja makan untuk meminta pandangan tentang hidangan malam itu. “Ya, Cik Shan.Encik Am Nass.Bagaimana dengan hidangan malam ini?Memuaskan?”tanyanya dengan penuh harapan. “Hidangan yang amat hebat sekali,Chef Matteo Temperini,”kata Am Nass sambil menunjuk isyarat bagus kepada Chef Matteo Temperini.Perlakuan Am Nass itu menarik hati Zelda Arianna Shan.Zelda Arianna Shan tersenyum melihat gelagat Am Nass. Zelda Arianna Shan akhirnya tertawa kecil.Agak melucukan, fikir Zelda Arianna Shan. “Ya, terima kasih Cik Shan,Encik Am Nass.Oh ya, saya minta diri dulu.Teruskan menikmati hidangan,”kata Chef Matteo Temperini.Dia kemudiannya beredar menuju ke dapur semula. Tidak lama, dua orang lelaki yang membawa gitar menghampiri Zelda Arianna Shan dan Am Nass.Mereka tersenyum kepada Zelda Arianna Shan dan Am Nass.”Izinkan kami,”kata keduanya lalu memetik gitar dan kemudian menyanyikan sebuah lagu terkenal di Itali iaitu ‘That’s Amore' oleh Dean Martin.Tidak berapa lama, ketua pelayan Ristorante La Sponda datang dan mendekati Zelda Arianna Shan dan Am Nass.Dia membawa satu bekas bersama dengannya. Ketua pelayan itu mendekatkan dirinya dengan Zelda Arianna Shan.Dia kemudiannya memandang Am Nass.Am Nass mengangguk sambil tersenyum.Ketua pelayan itu kemudiannya membuka bekas itu dengan perlahan.Setelah dibuka, terpamerlah seutas rantai leher berlian Tiffany Infinity dari Tiffany & Co.Rantai leher berlian itu memancarkan kilaunya.Am Nass bangun dari tempat duduknya.Dia mendapatkan rantai leher berlian itu.Jemarinya dengan perlahan mengambil dan menatang rantai leher berlian itu. “Izinkan saya,Shan,”kata Am Nass.Zelda Arianna Shan yang masih terkejut hanya mampu mengangguk perlahan.Jemarinya menutup mulutnya.Seakan dia tidak mahu menampakkan dirinya yang teruja.Am Nass membuka perlahan ikatan rantai leher berlian itu dan kemudiannya memakaikannya ke leher Zelda Arianna Shan.Sesudah memakaikan rantai leher berlian itu, Am Nass memandang Zelda Arianna Shan. “Cantik,Shan.Sesuai dengan awak,”kata Am Nass.Zelda Arianna Shan menunduk dan memandang rantai leher berlian itu.Jemarinya membelek rantai leher berlian itu. “Terima kasih,Am,” kata Zelda Arianna Shan dengan nada lembut. “Sama-sama,Shan”jawab Am Nass.Am Nass kemudiannya duduk di kerusinya semula. “Am,tunggu dulu.Saya juga ada sesuatu untuk awak,”kata Zelda Arianna Shan.Zelda Arianna Shan membuka tas tangannya.Dia mengeluarkan satu bekas kecil bersegi empat. “Untuk awak,Am,” kata Zelda Arianna Shan sambil jemarinya memberi bekas kecil bersegi empat itu kepada Am Nass. “Apa ini,Shan?”tanya Am Nass.Jemarinya menyambut bekas kecil bersegi empat itu daripada Zelda Arianna Shan. “Bukalah,Am,”kata Zelda Arianna Shan. Am Nass membuka bekas kecil bersegi empat itu dengan perlahan.Sesaat, Am Nass berasa amat terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Wow,Deakin & Francis Sapphire Dumbbell Cufflinks!?” kata Am Nass.Zelda Arianna Shan mengangguk dan tersenyum. “Mahal ini, Shan.Betul ini untuk saya?”tanya Am Nass. “Ya, untuk awak,” jawab Zelda Arianna Shan. “Terima kasih, Shan.Saya amat menghargainya,”kata Am Nass lagi. “Kasih diterima,” kata Zelda Arianna Shan. “Perhatian kepada semua pelanggan Ristorante La Sponda.Malam ini kita ada pelanggan istimewa iaitu Encik Am Nass dan Cik Zelda Arianna Shan.Oh ya, lebih daripada itu Cik Zelda Arianna Shan akan menghiburkan kita malam ini.Silakan Cik Zelda Arianna Shan,” kata seorang pengacara majlis yang berada di pentas.Semua pelanggan Ristorante La Sponda memberi tepukan sambil memerhati sekeliling. “Mari, Am.Menyanyi bersama dengan saya,”ajak Zelda Arianna Shan.Am Nass terpinga.Dia tidak menyangka ada lagi kejutan lain daripada Zelda Arianna Shan untuknya.Hajatnya, dia yang ingin membuat kejutan buat Zelda Arianna Shan.Kini lain pula jadinya.Zelda Arianna Shan menghulurkan tangannya.Am Nass menyambut tangan Zelda Arianna Shan.Mereka berdua beriringan ke pentas. Di pentas terdapat sebuah piano Fazioli.Zelda Arianna Shan mendekati piano Fazioli dan duduk di kerusinya.Am Nass berdiri di tepi Zelda Arianna Shan.Tidak lama,jemari Zelda Arianna Shan dengan perlahan mengetuk kekunci hitam putih piano Fazioli.Memainkan sebuah lagu yang amat diminatinya.Seluruh ruang Ristorante La Sponda sunyi sepi.Menumpukan sepenuh perhatian kepada Zelda Arianna Shan.Yang kedengaran hanyalah bunyi alunan piano.Kemudian, Zelda Arianna Shan menyanyikan rangkap pertama dan kedua lagu itu. “ It’s amazing how you, can speak right to my heart.Without saying a word, you can light up the dark.Try as I may, I could never explain.What I hear when you don’t say a thing,” Zelda Arianna Shan memandang Am Nass dan kemudian mengangguk perlahan.Seakan memberi isyarat kepada Am Nass. “The smile on your face,lets me know that you need me.There’s a truth in your eyes, saying you’ll never leave me.The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall.You say it best when you say nothing at all,”nyanyi Am Nass.Dan, pertemuan Zelda Arianna Shan dengan Am Nass malam itu penuh dengan kegembiraan dan pengharapan.Adakah saat itu akan berpanjangan atau terhenti di situ sahaja? Nantikan Fragmen Terakhir Shan,Empat Musim Di Hatiku esok. :)
Gambar Hiasan : Google Images
*Cerita ini adalah rekaan dan fiksyen.Sebarang persamaan dengan realiti adalah kebetulan.

Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...