Wednesday, March 4, 2015

J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 3


J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 3
Sesampainya kami di hospital, kami terus menuju ke arah wad di mana ayah Kiros ditempatkan. Dari jauh aku terlihat Kiros menemani ayahnya. Kiros terpandang kami. Dia melambaikan tangannya. Di samping ayahnya terdapat beberapa orang lagi. Mungkin sanak-saudara. “Kiros, bagaimana keadaan ayah kamu?”tanyaku. “Sekarang ni dah baik. Dia tengah berehat,”jawab Kiros. Pandanganku terarah ke ayah Kiros. Aku lihat dia masih tertidur. “Doktor cakap apa?” tanya Tauke Lim pula. “Doktor sudah periksa. Dia kata ayah saya kena serangan jantung.Nasib baik terus dibawa ke hospital. Kalau tidak, tidak tahulah apa hendak jadi,”kata Kiros. “Nasib baik tidak ada apa-apa,” kata Ward. “Oh ya, kenalkan ini pakcik dan makcik saya. Yang ini anak mereka,” Kiros memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. “Selamat pagi, pakcik dan makcik,”kata aku dan Ward. “Selamat pagi,” jawab mereka. Tauke Lim menghulurkan tangannya dan bersalam dengan pakcik Kiros. Agak sibuk keadaan di wad walaupun masih pagi. Kelihatan beberapa orang doktor menguruskan pesakit di bawah jagaan mereka sambil ditemani oleh jururawat. Seorang doktor lelaki muda, dalam lingkungan 20-an menghampiri kami. Dia melihat laporan kesihatan ayah Kiros. Tangannya mencatat sesuatu pada kertas.Dia kemudiannya memandang Kiros. “Boleh saya cakap dengan awak sebentar?” tanya doktor itu. “Ya, doktor,” jawab Kiros. Doktor itu mengajak Kiros ke kaunter. Kiros berbual-bual dengan doktor itu. Kami memandang ke arah mereka. Aku cuba untuk menangkap perbualan di antara Kiros dan doktor itu. Aku lihat doktor itu menepuk bahu Kiros. Kiros menunduk. Dari riak wajah Kiros, aku lihat ada sesuatu yang kurang baik. Aku mengalihkan pandanganku ke arah ayah Kiros yang masih tertidur. Aku lihat garis-garis usia di wajahnya. Seingat aku ayah Kiros berusia 60 tahun. Kesakitan jelas terpancar di wajah ayah Kiros. Kasihan pakcik, kataku dalam hati. Sesaat aku tersedar sesuatu. Seorang jururawat memerhatikan aku dari tadi. Sekilas, aku memandang ke arahnya. Jururawat cina itu tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Cantik, fikirku dalam hati.Tidak lama, jururawat cina itu beredar dari situ.

Bersambung Fragmen 4...
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...