Wednesday, March 4, 2015

Lelaki Dari Vatican. Fragmen 1.


Lelaki Dari Vatican. Fragmen 1.
Awan berarak perlahan. Senja merah di kaki langit. Sekawan burung pulang ke sarang. Suasana di atas perbukitan itu nampak sepi. Namun, ada sebatang tubuh duduk di situ. Dia memandang mentari senja. Kemudian, dia mengusap rambutnya. Tidak lama, dia merapatkan jemarinya. Diam dan berdoa. Agak lama juga. Tidak lama, dia berdiri. Dia menadah tangannya ke langit.Memejamkan mata. Deru angin menerpa wajahnya. Air matanya mula menitis menuruni pipi. Tuhan, terimalah penyerahanku ini. Jesus, aku percaya akan Dikau. Selamatkanlah aku daripada api neraka. Hanya melaluimu sahaja aku boleh syurga. Terlalu banyak dosaku, Oh Tuhan. Dapatkah aku diampuni? Lelaki itu menyapu wajahnya. Dia masih lagi menangis. Hatinya amat sebak. Sesaat, dia merasakan tubuhnya kesejukan. Dia menggigil sekejap. Tubuhnya seakan diresapi oleh sesuatu. Sejuk yang amat di dada. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya didakap dari belakang. Hatinya tertanya-tanya. Dia tidak berani menoleh ke belakang. Namun, dia cuba melihat ke tanah. Dia melihat bayangan yang bersayap. Bayangan itu seperti  berkata kepadanya, “Jangan bimbang, aku akan menjagamu.” Lelaki itu menangis lagi.Dan kesejukan semakin menggigit tubuhnya. Sejuk yang mendamaikan...
Bersambung Fragmen 2...

"I Surrender To You"
Lord, you live in me
You're my best friend
You're the King of kings
The beginning and end
Now that you have my eyes
I see your spirit inside of me
All that I am is for you
My Savior
I live by your word
And surrender to you
Here where I stand in this moment father
My spirit has been renewed
I surrender to you
You hold the key to my life
In your loving hand
Always by my side
I offer all that I am
So glad I realize
You are the truth and the light
In my life
Everything I need I find in you
I believe your promises are true
I will lift my burdens up to you
Your loving grace will see me through
I surrender to you


Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...