Monday, December 26, 2011

Cinta Adalah... (Love Is)~ (Fragmen 3)



Cinta Adalah...~ (Fragmen 3)
Ronny berdiri di muka pintu. Kacau sedikit fikirannya. Dia tidak menyangka Erina yang dia kenal, ceria dan suka berjenaka sanggup melakukan perkara seumpama itu.Dengan tangan yang masih sedikit ketar,Ronny mengeluarkan kotak rokok daripada saku seluarnya.Dia ingin menenangkan fikiran. Diambilnya sebatang dan cuba dinyalakan. Perbuatannya terhenti apabila melihat kereta mendatang. Tahu benar dia siapa pemilik kereta itu. Rokok yang cuba dinyalakan disimpan semula dalam saku baju.Isabel keluar dari kereta. Ronny cepat-cepat menuju ke arahnya. “ Isabel.”Ronny memulakan bicara. “Eh, Ronny! Apa halnya ni?"Isabel mula bertanya. Dia memandang wajah Ronny. Seakan dapat membaca, Isabel mengagak ada sesuatu yang tidak kena."Erina nak bunuh diri."Spontan,Ronny menjelaskan apa yang telah berlaku."Apa?! Mana Erina sekarang!?"Isabel terkejut.Dia segera bertanyakan Erina.Ronny serba salah dengan penjelasannya.Dia pasti tahu akan reaksi Isabel.Kenapa dia segera memberitahu?Ronny semakin resah. “Ruang...”Belum sempat Ronny menghabiskan kata-kata,Isabel merempuh Ronny.Ronny tertolak ke tepi.Isabel dengan pantas menuju ke arah pintu.Ronny masih tercegat seperti orang dungu.Buntu.Ronny menyapu mukanya dengan tangan.Am, maafkan aku.Aku..Aku takut.


Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...