-->
  • Perahu Timun Iban.Fragmen Terakhir.Bahagian 2


    Perahu Timun Iban.Fragmen Terakhir 
    Bahagian 2
    5 tahun yang lalu...
    Suasana di bilik saat itu amat hiba. Tangisan memenuhi ruang bilik.Bilik itu dipenuhi ahli keluarga, sanak – saudara, sahabat handai, dan jiran sekampung.Di dalam bilik terdapat sebuah keranda. Dan di dalam keranda itu terbaringnya seorang isteri, seorang ibu yang hayatnya penuh deritalara. Dan deritalara itu menyebabkan dia mengakhiri hayatnya dengan meminum racun. “Surrrrrrrriiiiii,Surrii!” Ini Suki meraung.Ini Suki menangis semahunya. Ini Suki memeluk keranda itu. Seakan dia tidak mahu melepaskan.Seorang anak kecil segera mendapatkan Ini Suki.Anak kecil itu kebingungan melihat perlakuan Ini Suki. “Ini...” kata anak kecil itu sambil jemari halusnya memegang tangan Ini Suki. Ini Suki yang masih menangis sedar kehadiran anak kecil itu. Dia berpaling dan memeluk erat anak kecil itu. Dan, tangisannya semakin kuat. Anak kecil itu semakin kebingungan. Seakan tidak tahan, anak kecil itu turut menangis bersama.Itulah Suki, permata hati Suri yang ditinggalkannya. Masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Walau sedikit, cuba juga dimengertikan oleh Suki. Yang Suki tahu, ibunya sedang tidur lena dan panjang. Namun, Suki tidak tahu yang Suri telah meninggalkannya buat selama-lamanya.Tiada lagi pelukan daripada Suri.Tiada lagi manjaan daripada Suki.

    Di suatu sudut kelihatan seorang lelaki memeluk erat kaki seorang tua.Dia seakan tidak mahu melepaskan pegangan tangannya. Seperti dia sedaya memohon keampunan daripada orang tua itu.Orang tua itu hanya berdiri tegak. Namun, dadanya berdebar, dan bibirnya diketapkan.Jemarinya menggenggam penumbuk. “ Ampunkan saya, Apai...” raung lelaki itu dalam tangisannya.Air matanya berguguran jatuh.Namun, dia tidak peduli. Yang dia inginkan hanyalah keampunan.Itulah Gaing, suami Suri dan ayah kepada Suki. Dan orang tua itu ialah Aki Suki. Aki Suki masih cuba menahan kemarahan dalam sebaknya. Dia cuba menahan jemarinya daripada melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.Sesaat, ada titis mutiara jatuh dari kolam mata Aki Suki. Jemarinya yang menggenggam penumbuk tadi dileraikannya perlahan.Tak lama, jemarinya memegang kepala Gaing. Diusapnya rambut menantunya itu. Gaing yang tersentak dengan usapan itu cepat-cepat memegang tangan Aki Suki.Dia mencium tangan yang sudah berkedut namun masih tegang berbelulang itu. Suasana di bilik itu semakin hiba.Ahli keluarga dan sanak saudara turut menangis. Amarah yang terkumpul di dada akhirnya terlerai oleh air mata.

    Kini...
    Ini Suki masih di perbaringan.Bibirnya kering dan wajahnya memucat.Antara lelap dan jaga Ini Suki cuba berkata sesuatu.Aki Suki yang masih memegang erat jemari Ini Suki cepat-cepat mendekatkan telinganya ke wajah Ini Suki.Dia cuba untuk menangkap kata-kata yang cuba untuk disampaikan. “ Suuukkkkiiiiiiiii......” Dalam ketar tubuh, dan nafas yang memberat itu Ini Suki berjaya menyebut nama Suki untuk yang kesekian kalinya.Matanya yang memberat tadi kini tertutup rapat. Tiada lagi desahan nafas. Yang tinggal hanya sekujur tubuh yang kaku. Dan, saat itu Aki Suki tahu dia kini betul-betul sendiri. Tiada lagi Ini Suki. Ini Suki telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Membawa pergi bersama kerinduan yang tidak kesampaian. Kerinduan kepada cucunya Suki. Kolam mata Aki Suki bergenang lagi.Dan titis jernih itu kemudiannya membasahi pipi.

    Bersambung...

    Foto hiasan : Google Images
  • You might also like

    Tiada ulasan: