-->
  • Cinta Adalah...(Love Is...)~ Sipnosis 1


    Cinta Adalah...(Love Is)~ Sipnosis 1
    Cinta Adalah... (Love Is...) ialah sebuah cerita yang berkisar tentang cinta dan persahabatan.  Cinta Adalah... atau tajuk asalnya Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu ditulis kerana aku merasakan cinta dan persahabatan ibarat ikatan yang tidak terpisahkan. Dalam Cinta Adalah...(Love Is...),watak utama dipegang oleh Erin Erina dan Vincent Tan. Erin Erina asalnya ialah seorang gadis yang ceria dan suka berjenaka serta  tidak pernah lekang dengan senyum tawa dan usik manja. Seorang yang meminati muzik dan mahir menggunakan gitar akustik. Baginya, setiap manusia ada cara untuk meluahkan perasaan dan Erin Erina menemukannya dalam bait-bait lagu.Sewaktu di sekolah menengah, Erin Erina telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “My Magical Journey” . “My Magical Journey”  dihasilkan dengan bantuan Vincent Tan. Vincent Tan ialah ketua pancaragam dan konduktor koir di sekolah. Vincent Tan, lelaki Cina yang aktif bermuzik ialah seorang yang naif dan lurus. Tidak banyak bercakap, namun dialah pencetus idea muzikal di sekolah sehingga digelar Maestro Vincent.  Boleh bermain hampir kesemua alat muzik, namun lebih meminati biola. Vincent Tan menyimpan perasaan terhadap Erin Erina dan tertarik kepada gadis itu buat pertama kalinya apabila Erin Erina berpindah ke sekolah tersebut. Apa yang membuatkan Vincent Tan tertarik ialah Erin Erina telah membawa gitar akustik bersama dengannya dan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul “Nice To Meet You” sebagai salam perkenalan buat rakan-rakan. Persembahan Erin Erina mengagumkan semua orang. Cikgu Gordon, guru kelas dan juga guru muzik terpegun dengan bakat yang ada pada Erin Erina. Cikgu Gordon mencadangkan Erin Erina untuk menyertai Kelab Muzikal Sekolah tetapi Erin Erina menolak dengan alasan dia ingin bebas bermuzik dan tidak mahu terikat dengan Kelab Muzikal Sekolah. Cikgu Gordon terkilan dengan jawapan Erin Erina namun menerima keputusan tersebut dengan hati  yang terbuka. Jawapan Erin Erina itu menyebabkan Vincent Tan hampa kerana dia ialah Pengerusi Kelab Muzikal Sekolah dan tentunya keputusan yang dibuat oleh Erin Erina menyukarkannya untuk mendekati gadis itu.Tapi, bagaimana akhirnya mereka boleh menghasilkan “My Magical Journey” bersama? ~^^

    picture : google images
  • You might also like

    Tiada ulasan: