Thursday, June 9, 2011

Cinta Adalah... (Love Is...) ~Fragmen 1,2,3

"Tolong aku, Am."

Cinta Adalah... (Fragmen 1)
“Jangan, Erin. Jangan buat macam ni.” Am cuba menghampiri Erina.Erina semakin menjarakkan diri. Menghampiri balkoni.Di tangannya sebilah pisau kecil. “Tenang, Erin.”Ronny cuba menenangkan keadaan.Erina menangis.Terketar-ketar,mendekatkan pisau ke pergelangan tangan. Ingin mengerat. “Erin...ingat tak masa kita pergi berkhemah dulu?Yang kau cuba hidupkan kayu api tapi tak dapat-dapat?Masa masak nasi kau terlebih air pulak.Kan Ronny?” “A’ah,aku saja yang sanggup habiskan semua bubur tu.”Ronny cuba untuk bergurau.Erina masih teresak-esak.Pisau mula dijarakkan sedikit daripada pergelangan tangan. Erina terduduk.Tangannya masih menggenggam pisau namun sedikit dikendurkan. “Erin...beri pisau tu kepada aku.”Am semakin menghampiri.Membongkok perlahan. “Erin...”Erina melepaskan pisau.Perlahan-lahan Am mengambil pisau yang dijatuhkan.Memberikannya kepada Ronny. Erina menunduk . “Kenapa,Erin?”Erina masih terdiam.Sedunya beransur reda. “ Tolong aku, Am.” Erina mula bersuara. “Apa masalah kau,Erin?.”Am memandang Erina .Cuba mendapatkan jawapan. “Am, aku...aku...aku..." Erina mendapatkan Am.Memeluk lelaki itu.Erat.Erina menangis lagi.Am memandang Ronny.Ronny pula melihat pisau yang telah diambil daripada Erina.Ronny terduduk.Mengeluh kesal.Erina...kenapa? Apa yang telah terjadi sebenarnya? 

Cinta Adalah... (Fragmen 2) 
Am memimpin Erina ke sofa. Ronny pergi ke dapur, membuat segelas susu panas. Dapur Erina bersih saja. Teratur dan rapi, tidak menggambarkan dirinya yang sedang berkecamuk sekarang. Pisau yang diambil daripada Erina disimpan kemas. Ronny terlihat masih ada beberapa bilah pisau di rak. Erina mengatur rambut dan menyeka air mata yang masih bersisa. “Am, bagi aku tisu.”Erina meminta tisu. Memandang Am sekejap, dan cepat menunduk.Mungkin malu Am melihatnya dalam keadaan begitu. “Mana?” Am bertanya kepada Erina.Matanya memerhati sekitar ruang tamu.Kalau-kalau ada tisu diletakkan.
“Dapur.”Erina menjawab ringkas. “Ronny, ada tisu kat situ tak? Bawa sekali.”Am keberatan untuk meninggalkan Erina. “ Baik. ”Ronny menjawab ringkas. Ronny pening sendiri. Banyak benda berbahaya di dapur. Ingin saja dia menyembunyikan semuanya. “Huh,”Ronny mengeluh lagi.Dia berharap agar emosi Erina sudah terkawal.
Tak lama, Ronny keluar membawa segelas susu panas dan sekotak tisu.Memberikan kotak tisu kepada Am. Am menghulurkan kotak tisu kepada Erina. Erina mengambil beberapa helai.Menyapu wajahnya yang membasah. Tisu yang sudah terguna diletakkan di tepi. Ronny menghulurkan gelas yang berisi susu panas kepada Erina. “Hati-hati, panas...”Ronny mengingatkan Erina. Erina menghirup sedikit.
Am memandang Ronny.Memberi isyarat supaya menjaga Erina sebentar. Ronny mengangguk tanda faham.Am menjarakkan diri. Mengeluarkan telefon bimbit dari saku. Mendail. Menunggu panggilannya dijawab.
“Hello,Isabel.”
“Hello.Hi, Am.”
“Boleh datang sini, tak? Rumah Erina. Aku perlukan bantuan kau.”
“ Rumah Erina?Sekarang? Ada apa, Am?”
“Nanti aku jelaskan.Cepat iya...”
“ Baik, Am”
“Terima kasih, Isabel.”
“Sama-sama.”
Am menyimpan semula telefon bimbitnya.Perlahan, dia menuju ke arah Erina. Mengambil ruang kosong di tepi Erina. Memandang Erina. “Erin, ada orang nak jumpa dengan Erin.”Erina terdiam. “Dia boleh tolong Erin.” Am cuba meyakinkan Erina.Tak lama,air mata Erina mengalir semula.

Cinta Adalah... (Fragmen 3) 
Ronny berdiri di muka pintu. Kacau sedikit fikirannya. Dia tidak menyangka Erina yang dia kenal, ceria dan suka berjenaka sanggup melakukan perkara seumpama itu.Dengan tangan yang masih sedikit ketar,Ronny mengeluarkan kotak rokok daripada saku seluarnya.Dia ingin menenangkan fikiran. Diambilnya sebatang dan cuba dinyalakan. Perbuatannya terhenti apabila melihat kereta mendatang. Tahu benar dia siapa pemilik kereta itu. Rokok yang cuba dinyalakan disimpan semula dalam saku baju.Isabel keluar dari kereta. Ronny cepat-cepat menuju ke arahnya. “ Isabel.”Ronny memulakan bicara. “Eh, Ronny Apa halnya ni?Mana Am? Erina mana?”Isabel mula bertanya. Dia memandang wajah Ronny. Seakan dapat menangkap, Isabel mengagak ada sesuatu yang tidak kena."Erina nak bunuh diri."Spontan,Ronny menjelaskan apa yang telah berlaku."Apa?! Mana Erina sekarang!?Isabel terkejut.Dia segera bertanyakan Erina.Ronny serba salah dengan penjelasannya.Dia pasti tahu akan reaksi Isabel.Kenapa dia segera memberitahu?Ronny semakin resah. “Ruang...”Belum sempat Ronny menghabiskan kata-kata,Isabel merempuh Ronny.Ronny tertolak ke tepi.Isabel dengan pantas menuju ke arah pintu.Ronny masih tercegat seperti orang dungu.Buntu.Ronny menyapu mukanya dengan tangan.Am, maafkan aku.Aku..aku takut.



SOURCE :
GOOGLE iMAGES




Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...