Friday, June 10, 2011

Anthony's Corner Lewat Senja :Sweet Coffee Hour Story~Lelaki Pilihan Wanita


Anthony's Corner Lewat Senja
Lokasi : Anthony's Corner, Sarikei
Tarikh/Masa :Tidak pasti/ Sekitar pukul 7.30 pm

Am: Hello, tauke!
Tauke: Apa minum?

Am : Kasi saya nescafe kecik satu.

Ronny: Saya kopi.

(Am memandang Ronny)

Am : Okay kerja hari ini?

Ronny: Ok, macam biasa lah. Ada topik Am?

Am :Entahlah. Topik apa?

Ronny: Apa-apa saja.

Am : Kenapa semua perempuan suka lelaki yang hebat?

Ronny: Biasalah...

Am: Mesti ada 5C; career,cash,condominium,car,credit card.

Ronny: Kau dapat Am?

Am: Susahlah...aku tak layak.

Ronny: Aku samalah...tak layak.

Am : Pada pendapat kaulah, perempuan mana yang paling susah untuk dipikat?Di Malaysia lah.

Ronny: Cina.

Am : Betul.Kau kena hebat. Setakat motorsikal tak payahlah.

Ronny: Betul tu...dia mana mau berpanas.Lagilah kalau hujan.

Am : Lagi satu...tentu kawan dia nak tengok boyfriend dia macam mana kan? Pakai kereta apa? Paling kurang Vios lah..

(Am memandang Yamaha Lagenda)

Am: Tolonglah...

(Ronny tersenyum)

Am :Yang lain sama jugak. Mereka perlukan jaminan. Seorang lelaki yang boleh beri mereka perlindungan.Tapi paling susah memang Cina lah.

Ronny: Betul-betul.

Am :Hakikat, Ronny.Hidup memang kejam. Sekarang nak kahwin paling kurang belanja pun RM20,000.00.Ikut peringkat. Lagi tinggi dia belajar, lagi tinggi hantarannya.Boleh, Ronny?

Ronny: Aku tak fikir sangat pasal perempuan ni. Aku fikir soal kerja saja.

Am : Kau tengok aku. Kerja tak tetap,akaun kosong,ada pun motorsikal cabuk. Itupun bapak aku beli.Tapi aku tetap respek moto aku lah.Lagipun aku tak pandai driving.

Ronny: Tak apa.Boleh belajar.

Am: Nanti-nantilah.Fikir pasal kerja lagi baik. Kau tak apa Ronny.Kau hebat. Muka pun macam Cina.

(Ronny tertawa kecil)

Am: Aku promote kau ni...Hahaha...

Ronny: Orait jugak. Kau ada kenal siapa-siapa?

Am : J ...

(Just Joking, Hehe...)


Am : Pasangan yang bercinta, baik yang belum atau sudah berkahwin, sentiasa memikirkan yang terbaik dalam perhubungan. Betul tak, Ronny?
 Ronny : Betul, Am. Tapi, biasalah. Ada kalanya ia tidak seindah yang diimpikan. Apa pendapat kau, Am?
Am : Ya, Ronny. Kau lihat nescafe ni. Rasanya pahit. Begitu juga dalam perhubungan. Tidak selalunya manis.

Ronny : Ya, Am. Aku terfikirlah, apa yang harus dilakukan agar hubungan itu berkekalan?






Am : Memaafkan dan melupakan. Memang sukar, terutamanya apabila salah seorang, atau masing-masing dah buat silap. Tapi untuk menyelamatkan perhubungan, keduanya harus menerima kekurangan masing-masing dan berdoa agar hubungan itu berkekalan.

Ronny : Ya, Am. Good Luck for the couples...

























Reactions:

3 comments:

Mikail said...

Wow you are a script writer and you are creatign a new art really....

Anonymous said...

Sarikei website at http://sarikei-time-capsule.blogspot.com/

Join Sarikeian Facebook at http://groups.to/sarikeians/

Pls forward to all Sarikei friends

Ronny Montegerai said...

cool...

Breaking News
Loading...