-->
  • Kristina : Untuk Mencintaimu.Aku Gadis Fotografi.Fragmen 1.1


    Kristina... (Fragmen1.1)
    Kristina. Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kristina yang berusia 17 tahun. Kristina merupakan seorang pelajar yang baru berpindah sekolah. Semasa diperkenalkan oleh Cikgu Stephen, Kristina berharap agar kehadirannya diterima oleh rakan sekelas. Seorang pelajar bertanya akan hobi Kristina. Kristina memberitahu bahawa dia amat meminati bidang fotografi. Baginya, gambar adalah kehidupan yang tersuling dan terpelihara selamanya. Wajah yang ekspresif, masa yang sekejap dalam alam, bentuk yang abstrak, semua ini adalah asas-asas fotografi. Sebuah gambar menyampaikan sesuatu yang tidak boleh dijelaskan melalui kata-kata, rasa misteri dan keindahan hidup, sifat dan pencapaian manusia. Kata-kata Kristina membuatkan pelajar itu terdiam. Cikgu Stephen memandang Kristina, menepuk tangannya kemudian disertai oleh semua pelajar. Mereka kagum dengan kata-kata Kristina. Kehadiran Kristina di sekolah itu telah menarik perhatian semua orang, tidak lupa juga seorang pelajar bernama Mike. Dia ialah pelajar dari kelas sebelah. Tanpa pengetahuan Kristina, Mike sering memerhatinya dari jauh. Namun, apabila terserempak Mike segera menunduk dan mengalihkan pandangannya daripada Kristina.
  • You might also like

    Tiada ulasan: