Friday, December 11, 2015

Zahiril Adzim : Sayap Jibril


Pelakon Zahiril Adzim menganggap watak orang buta yang dipegangnya dalam drama Sayap Jibril sebagai hadiah dari Allah S.W.T.
Menjelaskan mengapa dia merasakan begitu, Zahiril berkata watak Ustaz Raihan yang dilakonkannya menerusi drama tersebut adalah salah satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan agama dan kepada Yang Maha Esa.
“Saya ini bukanlah orang yang belajar agama secara formal dan saya tidaklah belajar di sekolah agama atau sebagainya. Jadi untuk belajar ilmu-ilmu agama ini, saya perlu masuk ke kelas untuk belajar sedikit-sebanyak.
“Justeru apabila diberi peluang melakonkan watak sebagai orang yang beriilmu dalam agama (ustaz), saya anggap ini adalah peluang untuk saya berdakwah. Mungkin ini adalah cara saya untuk berdakwah menerusi lakonan,” kata Zahiril sewaktu ditemui dalam Mimbar Pencetus Ummah malam tadi.
Mengulas tentang lakonannya sebagai Ustaz Raihan, dia berkata antara cabaran utamanya adalah kerana perlu melakonkan watak seorang yang cacat penglihatan.
“Memang mencabar kerana sepanjang penggambaran tersebut, saya perlu meletakkan kedudukan anak mata saya ke atas, kadang-kadang sampai pening dan agak memenatkan. Tapi saya anggap ini adalah satu cabaran,” katanya.
Menyentuh tentang impak Ustaz Raihan pada dirinya, Zahiril berkata dia banyak belajar tentang keagamaan dan sedikit-sebanyak dapat membantu dirinya memperbaiki diri sebagai seorang Muslim.
Sayap Jibril mengisahkan tentang Ustaz Raihan, seorang yang cacat penglihatan tetapi mempunyai kelebihan iaitu dia sering didatangi mimpi yang menjadi petanda seseorang sedang nazak dan memerlukan pertolongan.
Setiap episod, Ustaz Raihan akan bermusafir menemui mereka-mereka yang sedang nazak dan membantu mempermudahkan mereka berhadapan dengan Sakaratul Maut.




Zahiril Adzim dan Keluarga








Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...