-->
  • Run Nail Run~In The End Of Time. Finale Episode...(Fragmen 2)



    Run Nail Run~In The End Of Time.
    Finale Episode...(Fragmen 2)
    Nail menuju ke arah Corolla Altis Black Mica,miliknya.Pintu kereta dibuka perlahan.Christine sekadar memerhati dari jauh. Seakan kaku dan membiarkan sahaja Nail berlalu pergi.Nail, mengapa kau mesti pergi? Bukankah kau seharusnya melindungiku? Getus hatinya.Sempat, dia melihat wajah tenang Nail sebelum lelaki itu memasuki perut kereta, dan kemudian menutup pintu.Christine merasa ada genang di kolam matanya.Sedaya dia cuba untuk menyeka, namun dia tidak mampu.

    “ Simpanlah air mata untuk lelaki yang disayangi.Sampai saatnya, barulah kau menitiskannya,”
    Tiba-tiba, hatinya berkocak bimbang. Christine teringat akan kata-kata Nail. Nail…
    Saat Nail menghidupkan enjin kereta, dia terdengar suara bercampur baur di mindanya.Dan kemudian amat hampir, bergema di gegendang telinganya.
    “Ampunilah perbuatan kami dari dahulu hingga kini.”
    Christina…
     Keboooommm!!!! 
    (Tamat)


  • You might also like

    Tiada ulasan: