Sunday, August 1, 2010

ROKOK : Jangan Meletakkan Nyawa Mereka di Landasan Maut









ROKOK : Jangan Meletakkan Nyawa Mereka di Landasan Maut
Tampak, ia adalah keresahan yang
ingin ditinggalkan oleh perokok
sebenarnya.

Berhenti merokok mengejut memang memeritkan. Sakit kepala, hingus, seram sejuk, adalah pengalaman yang terpaksa ditempuh. Ia adalah proses biasa, sedang oksigen mula bertambah dalam peparu. Kemudiannya, apabila pulih sepenuhnya, yang kita lihat ialah wajah yang lebih sihat dan ceria. Lebih bersemangat. Tiada lagi garis – garis cengkung, dan tubuh lebih berisi bagi mereka yang kurus. Ia adalah satu usaha yang wajar diberi pujian. Menukar gaya hidup ke arah sesuatu yang lebih bermakna. 
Namun, ianya terhalang oleh
kemegahan yang telah terbina
sekian lama.

 Merokok bukan lagi lambang kemegahan individu. Tampak, ia adalah keresahan yang ingin ditinggalkan oleh perokok sebenarnya. Selamanya. Namun, ianya terhalang oleh kemegahan yang telah terbina sekian lama. Atas dasar kesukaran, mereka membatalkan niat. Namun, halangan itu tidak ubah seperti hologram. Ia boleh dimatikan. Butangnya ada pada perokok itu sendiri. Apabila mereka memikirkan seperti itu, tampak ia lebih mudah. Namun, butangnya akan terhidup semula atas ketidakmampuan perokok untuk bertahan. Nyata, ia menuntut kesungguhan yang bukan sedikit. 
Jangan meletakkan nyawa mereka di
landasan maut. 
 Mereka yang sudah bekeluarga perlu memikir serius akan hal ini. Jangan meletakkan nyawa kita di landasan maut.Jangan meletakkan nyawa mereka di landasan maut. Tiada keberhasilan tanpa LANGKAH PERTAMA. Lepaskan diri daripada kepulan asap. Cuba dan usahakan sehingga berjaya, kerana setiap sedutan dan hembusan itu merampas setiap saat bahagia dalam hayat kita, yang masih ingin bermesra dan menatap wajah mereka untuk tempoh yang lebih lama. 

SUMBER : GOOGLE iMAGES  
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...