Thursday, August 5, 2010

(Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu) [Take A Break]

Kuharap kau di sisi

Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu [Take A Break] Break 1 : Kekasih anda kesedihan.  Dia ada masalah. Malam itu dia menelefon. Dia meluahkan rasa sedihnya. Tiba-tiba, dia meminta anda berjumpa dengannya, waktu itu juga. Anda di Kuala Lumpur, dia di Kuching. Sedangkan esok pula, anda ingin membentangkan kertas kerja paling penting abad ini, kertas kerja yang akan menentukan hala tuju syarikat. Dia begitu mengharapkan kehadiran anda di sisi. Apa yang anda akan lakukan, sebagai seorang kekasih yang mengambil berat dan juga sebagai seorang pekerja yang berdedikasi?

Hatiku teruntun

Break 2 : Anda ingin cepat. Anda ingin bertemu dengan kawan lama di Starbucks. Dalam perjalanan, anda melintas sebuah kedai muzik. Anda terlihat seorang gadis sedang bermain biola. Gerak gayanya cukup memikat hati anda. Tetapi, muzik yang dimainkan tidak kedengaran, kerana anda berada di luar premis, dan suasana bising. Anda ingin mendengar muzik yang dimainkan,namun kawan lama sudah menunggu di Starbucks. Apa tindakan anda, sebagai seorang lelaki yang berminat untuk berkenalan, dan juga seorang lelaki yang sentiasa menepati janji? 

Inikah peluang?
Break 3 : Anda diberi tugasan individu oleh pensyarah. Anda diberi masa sebulan untuk menyiapkan tugasan. Malangnya, anda adalah lelaki yang bekerja di saat-saat akhir. Anda bermasalah untuk mencari buku rujukan yang sesuai, tambahan pula masa sudah semakin suntuk untuk anda mencari bahan. Anda mencuba nasib ke perpustakaan, kalau-kalau ada.Tiba-tiba,anda terlihat seorang gadis sedang memegang beberapa buah buku. Buku-buku itulah yang anda cari-cari selama ini, dan gadis itu ialah gadis yang paling bijak dan diminati di institut itu, termasuk anda sendiri secara diam. Apa tindakan anda, sebagai seorang lelaki yang malu berhadapan dengan gadis itu , dan seorang lelaki yang terdesak untuk menyiapkan tugasan? 

SOURCE : GOOGLE iMAGES 
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...