-->
  • Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Siapa Am Nass?)




    Am Nass ialah seorang aktivis internet dan banyak menghasilkan tulisan dalam blognya.Di antara isu yang diketengahkan olehnya adalah seperti pembelaan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita yang tertindas, buli, pemerdagangan manusia,peperangan,kebuluran,gelandangan dan kerohanian.Dia juga seorang pemuisi dan penulis novel dan banyak merantau ke luar negara untuk mencari ilham.Di antara negara yang pernah dikunjunginya adalah seperti Jepun, Itali, dan Perancis namun amat menyukai Jepun dan sering pergi ke Wakkanai, Hokkaido iaitu tanah paling utara di Jepun. Di juga sering membaca buku di Libreria Acqua Alta di Venice, Itali.Dia juga mempunyai pengetahuan tentang gadget dan perisian komputer terkini.Sebelum menjadi seorang aktivis internet, dia merupakan seorang White Hat Hacker, iaitu penggodam komputer beretika atau seorang pakar keselamatan komputer.Juga pakar dalam ujian penembusan dalam metodologi ujian lain untuk memastikan keselamatan sistem maklumat sesebuah organisasi.Bekerja dalam pasukan "sneakers".Dalam cerita Selekoh Terakhir, Inspektor Henry Jelai meminta bantuannya untuk menembusi sebuah daripada laman “Dark Net” yang dibina oleh seorang pembunuh bersiri yang hanya ingin dikenali sebagai Venom dan membantu menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.Mulanya, Am Nass menolak kerana sudah lama tidak melakukan perkara itu.Namun, setelah dipujuk berkali-kali dia bersetuju untuk melakukannya dengan satu syarat, bahawa identitinya tidak boleh didedahkan.Seorang yang beperwatakan lembut namun mempunyai tabiat buruk iaitu sering berjaga lewat malam dan tidak tentu makan.




    Foto: Google Images (Gambar Hiasan)
  • You might also like

    Tiada ulasan: