Saturday, April 30, 2016

Cinta Adalah... (Dalam Kenangan) (Momen Am Nass dan Ronny Mark)

Cinta Adalah... (Dalam Kenangan)
(Momen Am Nass dan Ronny Mark)
Suasana di pantai ketika itu begitu tenang.Mentari perlahan-lahan ingin melabuhkan tirainya.Camar sudah pulang.Angin senja berhembus lembut.Dua orang pemuda sedang duduk di atas tunggul kayu. Mereka melihat laut yang berombak.Buih berlari –lari meniti gelombang. “Am, kau akan terus menulis?”tanya Ronny. “Ya, aku akan terus menulis.Dengan menulis aku dapat terus melahirkan idea dan menyedarkan masyarakat.Aku ingin membantu golongan yang tertindas seperti kanak-kanak yang didera dan wanita yang dipukul oleh pasangan mereka.Aku juga ingin membantu mangsa buli dan memerangi keganasan terhadap wanita.Kisah penderitaan yang kau alami sejak kecil cukup menyedarkan aku, Ronny.Dan aku juga pernah dibuli.Nasib baik kau menyelamatkan aku,”kata Am.”Ya,ibu sering dipukul oleh ayah sewaktu aku masih kecil,Am.Dan aku juga didera.Itu yang menyebabkan sikap aku menjadi dingin dan kasar.Dan kau telah menyedarkan aku menjadi lelaki yang sedikit lembut melalui sajak-sajak kau.Isabel juga banyak membantu aku Am,”ujar Ronny.Ronny menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sekotak rokok.Sebatang rokok diambil, dinyalakan dan kemudian dihisap perlahan.Asap rokok berhembus keluar.Am sekadar memerhatikan perlakuan Ronny.”Ronny,aku lihat kau banyak merokok.Kau tidak mahu berhenti?”tanya Am. “Entahlah,Am.Rokok ini menenangkanku.Sebelum perlawanan tinju aku akan merokok dulu untuk merangsang diri.Kau pula, masih menulis sampai ke pagi?Jaga-jagalah sikit kesihatan tu,”balas Ronny.Am terdiam.Betul juga kata Ronny.Dia sentiasa berjaga sampai ke pagi.Menulis dan menghasilkan karya.
“Am,kenapa Isabel amat mengambil berat terhadap kita?”tanya Ronny. “Mungkin kerana dia pernah kehilangan abangnya sewaktu kecil dalam kemalangan.Dia perlukan seseorang untuk didampingi dan digelar abang.Tapi, memang Isabel amat baik dengan kita.Kau masih ingat lagi sewaktu kau bergaduh dengan Andrew dulu? Dia sapu dan balut luka kau.Dan aku pula dia menjagaku sepanjang malam sewaktu aku diserang demam panas,”jawab Am.” “Am, aku rasa hidupku tidak lama.Aku akan pergi meninggalkan kau dan Isabel.Aku akan merindukan kalian nanti.Kau pun tahu kan,doktor sudah menasihati aku supaya berhenti merokok?”kata Ronny.Am terdiam.Tidak lama kemudian, Am bersuara, “Ronny, kalau aku juga sudah tiada nanti, boleh aku dikebumikan di sebelah kau?”Ronny terdiam.Dan perlahan dia mengangguk.
Pada 22 November 2009, Ronny Mark menghembuskan nafas terakhirnya dalam jagaan semua orang. 2 tahun kemudian, Am Nass mengikuti jejaknya.Am Nass mati dalam pangkuan Isabel Lockheart. Mereka berdua dikebumikan bersebelahan.
Selepas kematian Am Nass dan Ronny Mark, Isabel mendalami agama Kristian dan pergi berjumpa dengan seorang Father di gereja.Setahun kemudian, dia menjadi seorang rahib.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita Cinta Adalah...
Sampai berjumpa lagi.
p/s: harap karya ini dapat dibukukan. :)smile emoticon
Foto :Sekadar gambar hiasan
Sumber: Google Images
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...