Sunday, November 25, 2012

Titis Gerimis~Fragmen 2



Titis Gerimis~ fragmen 2

Pelayan itu menuju ke arah Mark.Tangannya menatang segelas kopi. Dia kemudiannya meletakkan gelas itu di atas meja. “ Berapa?” tanya Mark. “RM 2.50,” balas pelayan itu. Mark mengeluarkan dompet dari saku seluarnya dan memberi RM 5.00 kepada pelayan itu. Pelayan itu pergi ke kaunter. Bercakap sekejap dengan rakannya. Tidak lama, pergi semula ke arah Mark dan menyerahkan baki wang. Mark mengambil baki wang itu dan memasukkannya semula ke dalam dompet. Mark menatang gelas kopi itu dan kemudian menghirupnya perlahan. Semacam satu kepuasan, dia menghirup kopi itu lagi

Hujan di luar sudah pun reda. Mark masih lagi di kedai kopi. Sengaja, dia ingin berada lebih lama di situ.Manusia perlu juga masa untuk berehat.Merehatkan minda yang kadang kala kusut. Sesekali, seronok juga bersendirian. Ada lebih ruang waktu untuk berfikir. Fikirannya menerawang seketika. Tidak lama, dia tersedar semula. Mark menghirup habis kopi di dalam gelas. Sudah sampai waktu untuk beredar dari situ.Fikirnya.

Bersambung...
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...