Sunday, April 8, 2012

Lelaki Ini...~Bahagian 2



Lelaki Ini...~Bahagian 2


Abigail. Gadis yang peramah dan baik dengan semua orang. Tahun pertama dia bekerja, Abigail bertanyakan info mengenai pekerja di situ, termasuk info William. William menyedari akan kehadiran pekerja baru itu tetapi berbuat seperti biasa. Masa pun berlalu.Tahun kedua Abigail bekerja di situ, William banyak mendengar cerita buruk mengenai Abigail. Biasalah, politik tempat kerja. Merendah-rendahkan potensi seseorang.Berbual tentang kekurangan dan kelemahan. Entah mengapa, William merasa kurang senang mendengar cerita sebegitu. William membuat keputusan untuk memberitahu Abigail. Abigail terkejut dengan apa yang William katakan kepadanya. Dia tidak menyangka selama ini dia menjadi bahan perbualan semua orang. Dan, apa yang menyedihkan tiada siapa yang memberitahunya selama ini kecuali William. Pada suatu malam, Abigail menghantar mesej pesanan ringkas kepada William. Dia meluahkan perasaan sedih dan kecewanya mengenai info yang diberitahu oleh William kepadanya. Malam itu, William melayan segala luahan Abigail. Semenjak dari itu, mereka berdua agak selalu bermesej dan bercerita mengenai perkara berkaitan tempat kerja. Pernah, William meluahkan masalah mengenai kerjanya kepada Abigail. Keluhan dan tidak puas hati.  Saat itu, Abigail menjelaskan itulah perasaannya ketika William memberitahunya akan perkara yang menyentuh mengenai dirinya dahulu. Namun, ianya lebih mengguris dan menyakitkan. Dan, William amat terkejut mendengar penjelasan Abigail seterusnya. “ William, saat saya menghantar mesej pesanan ringkas kepada awak malam itu, dan saat saya meluahkan segalanya, air mata saya menitis.Dan, saya menangis semalaman...” (Bersambung)
Reactions:

0 comments:

Breaking News
Loading...