Pelakon Zahiril Adzim menganggap watak
orang buta yang dipegangnya dalam drama Sayap Jibril sebagai hadiah dari Allah
S.W.T.
Menjelaskan
mengapa dia merasakan begitu, Zahiril berkata watak Ustaz Raihan yang
dilakonkannya menerusi drama tersebut adalah salah satu cara untuk dia
mendekatkan diri dengan agama dan kepada Yang Maha Esa.
“Saya
ini bukanlah orang yang belajar agama secara formal dan saya tidaklah belajar
di sekolah agama atau sebagainya. Jadi untuk belajar ilmu-ilmu agama ini, saya
perlu masuk ke kelas untuk belajar sedikit-sebanyak.
“Justeru
apabila diberi peluang melakonkan watak sebagai orang yang beriilmu dalam agama
(ustaz), saya anggap ini adalah peluang untuk saya berdakwah. Mungkin ini
adalah cara saya untuk berdakwah menerusi lakonan,” kata Zahiril sewaktu
ditemui dalam Mimbar Pencetus Ummah malam tadi.
Mengulas
tentang lakonannya sebagai Ustaz Raihan, dia berkata antara cabaran utamanya
adalah kerana perlu melakonkan watak seorang yang cacat penglihatan.
“Memang
mencabar kerana sepanjang penggambaran tersebut, saya perlu meletakkan
kedudukan anak mata saya ke atas, kadang-kadang sampai pening dan agak
memenatkan. Tapi saya anggap ini adalah satu cabaran,” katanya.
Menyentuh
tentang impak Ustaz Raihan pada dirinya, Zahiril berkata dia banyak belajar
tentang keagamaan dan sedikit-sebanyak dapat membantu dirinya memperbaiki diri
sebagai seorang Muslim.
Sayap
Jibril mengisahkan tentang Ustaz Raihan, seorang yang cacat penglihatan tetapi
mempunyai kelebihan iaitu dia sering didatangi mimpi yang menjadi petanda
seseorang sedang nazak dan memerlukan pertolongan.
Setiap
episod, Ustaz Raihan akan bermusafir menemui mereka-mereka yang sedang nazak
dan membantu mempermudahkan mereka berhadapan dengan Sakaratul Maut.
Zahiril Adzim dan Keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan