Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 1
Cruz melihat wajah Judd lama-lama. Diperhatikannya riak
wajah sahabatnya itu. Judd menunduk.Jemarinya bermain dengan straw minuman.
Fikiran Judd menerawang. Sesaat, Judd sedar dia diperhatikan. Spontan, dia
menyedut air minumannya. Kemudian, dia menggaru kepala.Aish, boleh ‘kantoi’
pula fikirnya. Cruz tersenyum. Tidak lama, Cruz tertawa kecil. Cruz seperti
faham apa yang bermain di kotak fikiran sahabatnya itu. “Dah beritahu dia?”
tanya Cruz. Judd menggeleng perlahan. Dia mengusap rambutnya. “Judd, mencintai
seseorang perlukan keberanian.Kita perlu berani untuk berterus terang.”Cruz
memegang bahu Judd. “Tapi, aku takut kepada penolakan Cruz,” kata Judd. “Judd,
kita sebagai lelaki harus bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan,” jelas
Cruz. “Maksud kau?” tanya Judd. “Judd, tugas lelaki adalah memikat dan wanita
berhak untuk memilih. Asalkan kita sudah berterus terang, sekurang-kurangnya
dia teruja dengan keberanian kita walaupun akhirnya kita tetap ditolak,” kata
Cruz lagi. “Tugas lelaki adalah memikat, dan wanita berhak untuk memilih.Kata-kata
itu hebat Cruz.Mana kau dapat?”tanya Judd. “Aku ambil dari novel.Dah, jangan
kau fikir lagi.Habiskan minuman kau tu.Malam ni kau mimpi yang baik-baik.Esok,
aku aturkan masa agar kau dapat bersama dengan dia.Waktu tu kau luahkan apa
yang terbuku dalam hati kau, okay?” Rangsang Cruz. “Terima kasih Cruz,” kata
Judd. Cruz menepuk bahu sahabatnya itu. Kasihan dia melihat Judd. Walaupun
dalam diam Cruz tahu gadis itu menyukai dirinya, namun demi sahabat baiknya
itu, Cruz sedia berundur.Ada alasan kukuh untuk dia berbuat begitu.Jangan risau
Judd, aku akan satukan kamu berdua, bisik hatinya.
Bersambung...
Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 2
Angin berpuput lembut.Memesrai rambut dan wajah
Janna.Gadis itu mengatur lembut hujung rambutnya yang separas bahu itu.Dia
merenung jauh.Memerhati mentari senja yang ingin melabuhkan tirai.Camar pun ada
yang sudah pulang petang.Perlakuan Janna diperhatikan sahaja oleh teman
baiknya, Michelle.Lama juga gadis itu termenung sehinggalah Michelle memegang
bahunya. “Lamanya menung.Fikirkan apa tu?”tanya Michelle.Janna tersentak seraya
berpaling.Dia memandang wajah Michelle, dan kemudian menunduk.Jemarinya
mencapai ranting kayu dan kemudian mengukir sesuatu pada pasir pantai.Tak lama,
Janna mendongak dan sekali lagi memandang Michelle.Akhirnya, dia bersuara, “Michelle,
kau nak tahu apa yang aku inginkan daripada seorang lelaki sekiranya dia
menjadi kekasih aku?” Michelle terkejut dengan kata-kata Janna.Tidak pernah
gadis itu berbual tentang perkara itu dengannya sebelum ini.Namun, tidak pula
dia melatah dengan kata-kata Janna.Dia memandang wajah Janna. “Jadi, apa yang
kau inginkan daripadanya?” tanya Michelle. “Hmmm, ada lima perkara yang aku inginkan,”kata
Janna sambil tangannya menunjuk angka lima. “Wah, banyaknya!” Michelle tertawa
kemudiannya. “Yang pertama, memperhatikan apa yang aku katakan.Kedua,menghormati
seleraku.Ketiga, memberiku kesempatan untuk memimpin.Keempat, menghormati
ideaku.Kelima, memberi ruang untuk duniaku,”jelas Janna dengan penuh
pengharapan.Janna tersenyum.Menampakkan baris giginya yang memutih.Michelle
terus bertanya lagi, “Jadi, siapa yang ada ciri-ciri itu? Kau dah jumpa?” Janna
menjeling Michelle dan menolak bahu gadis itu.Seakan meminta Michelle untuk
meneka siapa gerangan lelaki yang
dimaksudkan.Agak lama juga Michelle meneka.Janna cuba memberi bayangan dengan
menunjuk cara seseorang sedang mengatur cermin mata. Michelle tiba-tiba segera
faham.Dia menutup mulutnya dan kemudian berkata, “Takkanlah dia...” Janna
mengangguk dan tersenyum.Mengiyakan kata-kata teman baiknya itu.Mereka berdua tertawa
kemudiannya.
Bersambung...
Foto : Gambar Hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan