Apabila tersebar khabar angin Muamer Salibasic
mungkin kembali semula ke Sarawak untuk musim 2016, majoriti penyokong
menyifatkannya sebagai suatu berita yang amat dinanti-nantikan. Difahamkan akan
kembali ke Sarawak pada Disember 2015 untuk ujian pemilihan.
Fenomena King Salibasic tercetus pada musim
2013, apabila bersama skuad The Invicibles Sarawak menjuarai Liga Perdana
dengan rekod tanpa kalah.
Sebahagian peminat pula merasakan FAS harus
mencari pemain lain atas alasan bimbang risiko kecederaan yang berulang.
Mungkin ada yang tidak menyedari ketika Salibasic 'hilang' seketika dari radar
bolasepak Sarawak, secara diam-diam dia telah menjalani program pemulihan yang
sangat ketat dan bermain dengan sebuah kelab di liga Bosnia untuk mengembalikan
tahap kecergasan.
Menjawab persoalan mengapa penyokong Sarawak
mahukan Salibasic ?
Salibasic memiliki ciri-ciri pemain midfield berpengaruh yang
hampir sempurna, Jika kita masih ingat bekas lagenda Singapura, Abbas Saad,
begitulah karakter yang dimiliki oleh Salibasic. Kreativiti, berani, hantaran yang
tepat, mampu menjaringkan gol dan kadangkala dalam masa yang sama boleh berubah
menjadi penyerang itulah keistimewaan yang dimilikinya.
Penyokong telah menyaksikan mata kepala
sendiri, walaupun berusia 30 tahun, Salibasic bukanlah pemain yang suam-suam
kuku. Menyertai Sarawak pada April 2013, dia telah menunjukkan keupayaannya
sebagai 'mastermind' di jentera tengah dengan berkesan sehingga mendapat
jolokan King Salibasic. Siapa yang masih ingat jaringan hat-trick Salibasic
ketika menentang Perak di suku akhir Piala Malaysia 2015 ? Atau jaringan cantik
Salibasic dari jarak 30 meter ketika menentang PKNS pada 2014 ? Atau kemasukan
sebagai pemain gantian di mana hantaran cantik beliau berjaya disudahkan oleh
Ryan Griffith ketika Sarawak mencipta sejarah mengalahkan Kelantan di Kota
Bharu tahun lepas ?
Pemain import yang dibawa masuk seperti
Patrick, Billy, Griffith, Milorad Janjus gagal menyaingi jejak yang
ditinggalkan oleh Salibasic. Ketidakberkesanan di bahagian tengah banyak
mempengaruhi persembahan Sarawak sehingga corak permainan mudah diramalkan oleh
lawan. Faktor penyumbang kepada kegagalan mencatatkan kemenangan kerana pemain
midfield gagal mencipta peluang. Inilah salah satu sebab mengapa Billy Mehmet
tidak begitu menyinar bersama Sarawak, kerana tidak ada sokongan yang baik dari
tengah.
Melainkan FAS atau Datuk K.Rajagopal mempunyai
pilihan yang lebih baik, Sarawak Football bersetuju dengan peminat bolasepak,
bawalah kembali King Salibasic ke Sarawak.
Training Training |
Source :
Artikel: Sarawak Football
Offcial FB: https://www.facebook.com/swkfootball/
Picture: Google Images
Tiada ulasan:
Catat Ulasan