Aishar Atsemes...
“Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah
misteri...”
Aishar Atsemes~(Fragmen 1 – Fragmen 2)
Aishar Atsemes~ Fragmen 1
Socram Gnapel, Maharba Gnareyn, dan
Ynnor Iaregetnom ialah tiga orang adik-beradik yang berasal daripada sebuah
keluarga petani yang miskin. Pada suatu hari, seorang pengembara bernama Uannum
Namron telah ditemui pengsan di hadapan pondok rumah mereka akibat dahaga dan
kepenatan.Dia telah dirawat oleh ayah mereka.Setelah sembuh,Uannum Namron
membalas jasa dengan membantu mereka bertani.Socram, Maharba, dan Ynnor amat
suka bergaul dengan Uannum Namron dan begitu juga dengan Uannum Namron. Dia
amat menyenangi keluarga itu.Sampai masa, Uannum Namron menyatakan hasrat untuk
menyambung pengembaraannya. Malam itu, ayah mereka telah bermimpi didatangi
oleh seorang lelaki tua.Lelaki tua itu berkata bahawa ketiga-tiga anaknya perlu
mengikut Uannum Namron mengembara.Lelaki tua itu memberitahu lagi yang Uannum
Namron bukan seorang pengembara biasa tetapi dialah yang akan membuka takdir
ketiga-tiga anaknya.Mimpi itu amat mengejutkan ayah mereka dan menceritakan
mimpi itu kepada ibu mereka. Ayah mereka berhasrat untuk memberitahu Uannum
Namron akan perkara itu, tetapi dihalang oleh ibu mereka dengan alasan Uannum Namron
tidak akan bersetuju untuk membawa ketiga-tiga anak mereka bersamanya.Ibu
mereka berkata hanya ada satu jalan sahaja, iaitu kedua-dua mereka lari
meninggalkan ketiga-tiga anak mereka secara senyap.Ayah mereka terkejut dengan
kata-kata ibu mereka.Dia tidak menyangka ibu mereka sanggup berkata
begitu.Namun, ibu mereka menjelaskan jika benar Uannum Namron akan membuka
takdir ketiga-tiga anak mereka, maka keputusan itu perlu diambil walaupun amat
berat.Dan, saat Uannum Namron dan ketiga-tiga anak itu sedang tidur, ayah dan
ibu mereka meninggalkan tempat itu. Ibu mereka sempat mengucup dahi ketiga-tiga
anaknya.Dia berasa amat sebak.Saat itu, air matanya mula menitis namun
ditahannya untuk menangis kerana tidak mahu ketiga-tiga anaknya tersedar. Pagi
itu, Uannum Namron bangun seperti biasa. Namun, dia sedikit hairan, kerana
tidak dikejutkan oleh ayah mereka.Tiba-tiba, dia terdengar suara Socram dari
dalam.Kemudian berbalas dengan suara Maharba.Tidak lama, dia terdengar Ynnor
menangis.Uannum Namron semakin kehairanan sehingga Socram keluar mendapatkannya
dan memberitahu kedua-dua ibu bapa mereka tiada di situ. Uannum Namron
terdiam.Dia berdiri kaku.Seperti dia juga memahami sesuatu, sebenarnya.
Hakikatnya, dia telah lama didatangi oleh seorang lelaki tua dalam mimpinya
iaitu Lehcim yang memberitahu bahawa akan ada tiga orang anak lelaki milik
keluarga petani yang miskin akan diajari olehnya nanti.Namun, kebaikan keluarga
itu menahan Uannum Namron tinggal lebih lama di situ. Itulah takdir Uannum
Namron.Dan kini Uannum Namron akan membuka takdir ketiga-tiga anak itu.
Bersambung Fragmen 2~
Aishar Atsemes~Fragmen
2
Uannum Namron ialah
seorang pemuda yang berusia 24 tahun. Dia ialah anak kepada seorang tukang kayu
yang bernama Semaj Hpesoj. Sejak dari kecil lagi Uannum Namron telah diajar
oleh ayahnya seni pertukangan. Semaj Hpesoj berharap agar suatu hari nanti
Uannum Namron boleh menggantikan tempatnya. Ketika berusia 10 tahun, ibunya Yma
Yram telah diserang penyakit batuk kering. Semaj Hpesoj telah membawa seorang
tabib iaitu Yak Gniy datang ke rumahnya untuk merawat isterinya. Yak Gniy
memberitahu bahawa penyakit isterinya itu sukar untuk diubati melainkan dengan
adanya air rebusan rukec. Rukec ialah sejenis tumbuhan herba yang amat jarang
didapati melainkan hanya terdapat di hutan Aiag. Yak Gniy memberitahu lagi
bahawa tiada siapa yang berani pergi ke hutan Aiag kerana hutan Aiag dijaga
oleh seekor binatang buas yang dipanggil Sanag. Sanag dikatakan binatang buas
yang boleh berkata-kata dan memperdaya manusia. Sebelum sesiapa boleh membawa
pulang sesuatu dari hutan itu, Sanag akan meminta manusia menjawab
teka-tekinya. Sekiranya gagal menjawab, Sanag akan membunuh mereka dengan kejam
sekali. Jantung, hati, paru-paru, dan segala isi perut akan dikeluarkan oleh
Sanag dan dilapahnya mentah-mentah. Kepala pula akan diikat dan digantung di
atas pokok Gnapat. Semaj Hpesoj mendengar penjelasan Yak Gniy dalam ketar namun
wajahnya masih tenang. Yak Gniy bertanya kepada Semaj Hpesoj adakah dia berani
untuk pergi ke hutan Aiag untuk mendapatkan rukec.Semaj Hpesoj memberitahu
sekiranya hanya air rebusan rukec yang dapat menyembuhkan isterinya, dia sanggup
untuk pergi ke hutan Aiag. Yak Gniy tidak berkata apa lagi. Sebelum Yak Gniy
meminta diri untuk pulang, dia berpesan kepada Semaj Hpesoj iaitu sekiranya Semaj
Hpesoj berjaya mendapatkan rukec dia mesti segera pulang dan tidak boleh
menoleh ke belakang. “Ingat, Semaj. Walau apapun yang awak dengar dan rasa,
jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Terus pulang sehingga awak selamat
sampai di rumah.” Semaj Hpesoj memandang wajah Yak Gniy, kemudian dia
mengangguk perlahan.
Nantikan sambungannya
di Fragmen 3...
Foto : Gambar Hiasan
Uannum Namron dan
Lehcim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan