Selekoh Terakhir.Kisah misteri seorang pelumba haram bernama Guran.Misterius.Baca, hayati dan selami peribadi pemuda ini.Mimpi itu menghantuinya.Dan maut memburunya...
Selekoh Terakhir... (Fragmen 1 hingga 4)
Selekoh
Terakhir (Fragmen 1)
Selekoh
Terakhir...Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelumba haram bernama Guran
yang berusia 20 tahun. Malam itu, Guran berlumba dengan Aloi. Guran ketinggalan
kira-kira 10 meter. Aloi yang mendahului tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang
tidak kena. Motosikalnya semakin perlahan. Walaupun dia memulas sehabis daya,
juga tidak menjadi. Guran berjaya memintas Aloi. Guran mengejek Aloi dan terus
memecut laju. Aloi semakin tertinggal. Guran memusing kepalanya ke belakang.
Dia ingin mengejek Aloi sekali lagi. Kemudian dia berpaling semula. Tiba-tiba
seekor kucing hitam buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut. Guran hilang kawalan. Tangannya
terlepas. Dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta datang dari
arah bertentangan. Menderu. Melanggar Guran. Guran terpelanting lagi. Kali ini
lebih jauh.Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat.
Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar
perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula
memberat. Guran berusaha membuka.
Tidak...Aku tidak mahu mati. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat.
Tiba-tiba Guran dikejutkan oleh satu suara. Dron, sahabatnya mengejutkan Guran.
Dron mengejutkan Guran kerana dia ada perlumbaan dengan Aloi malam itu. Guran
masih terpinga-pinga. Dron mengingatkan Guran lagi tentang perlumbaan itu.
Sesaat, Guran teringat tentang kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Di
satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat
kematian kau, Guran. Guran membatalkan niatnya untuk berlumba. Dron terkejut
mendengar jawapan yang keluar dari mulut Guran. Guran menyapu wajahnya.
Tangannya terketar-ketar.Sesaat, dia merasakan tubuhnya lain semacam.Seram dan
sejuk.Dadanya masih berdebar.Jantungnya berdegup pantas.Sedaya dia cuba
menenangkan diri. Guran menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya
perlahan. Dron kehairanan melihat tingkah laku Guran. Dron bertanya tentang
keadaan Guran. Guran meminta Dron mengambilkannya segelas air kerana dia merasa amat haus.Malam itu,
Guran tidak jadi berlumba. Sebaliknya, dia pergi ke sebuah bar dan minum untuk
menenangkan diri. Dron berasa takut dengan keputusan Guran. Ini kerana orang
yang akan berlumba dengan Guran ialah Aloi, dan Guran sudah berjanji untuk
berlumba malam itu. Di tempat perlumbaan, ramai orang sudah berhimpun. Sudah
lama Aloi menunggu tetapi dia tidak melihat kelibat Guran. Aloi tidak dapat
menahan kemarahannya. Dia menghempaskan helmet ke tanah sambil menyumpah. Dia
menjerit nama Guran. Aloi rasa tertipu dan dimalukan di hadapan kawan-kawannya.
Dan dia merasakan Guran patut menerima balasan.Waktu itu, Aloi teringat akan
satu perkara yang boleh memuaskan hatinya. Sesuatu yang boleh menebus malunya.
Apakah maksud mimpi Guran itu? Adakah ia gambaran kematiannya? Apa yang akan
berlaku seterusnya kepada Guran? Bagaimana dia akan berhadapan dengan Aloi? Dan
apakah perkara yang boleh memuaskan hati Aloi dan dapat menebus malunya?
Semuanya dalam Selekoh Terakhir...~
Selekoh
Terakhir… (Fragmen 2)
Guran
masih lagi di bar. Minum untuk menenangkan diri. Guran berkata sesuatu kepada
pelayan bar. Dia meminta segelas Jack Daniels lagi. Pelayan itu memerhatikan
Guran. Pelayan itu tidak berkata
apa-apa. Dia menuangkan wiski ke dalam gelas. Guran meneguk wiski.Sudah banyak
Guran minum. Dia cuba untuk melupakan mimpinya tadi. Namun, kepalanya masih
sarat dengan pelbagai persoalan. Apakah maksud mimpinya sebentar tadi? Benarkah
ianya gambaran kematiannya? Tidak pernah dia bermimpi seperti itu sebelum ini. Mimpi
itu benar-benar mengerikan. Guran mengingat semula bagaimana seekor kucing
hitam yang buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut dan hilang kawalan.
Tangannya terlepas dan dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta
yang datang dari arah bertentangan menderu dan melanggar Guran. Guran
terpelanting lagi dan kali ini lebih jauh. Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya
terlipat. Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah
keluar perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula
memberat. Guran berusaha membuka. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat. Mimpinya
sampai di situ sahaja kerana dia tersedar apabila dikejutkan oleh Dron. Di satu
selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat kematian
kau, Guran. Guran mengusap rambutnya. Adakah itu satu petunjuk? Adakah dia
benar-benar akan ditimpa kemalangan dan mati sekiranya berlumba dengan Aloi
malam ini? Aloi, lelaki itu pastinya sedang menunggunya di tempat perlumbaan.
Dan tentunya juga lelaki itu berasa marah kerana seperti dipermainkan oleh
Guran. Aloi akan ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dan Aloi akan mencarinya
selepas ini kerana maruah Aloi sudah tercalar. Guran tidak tahu sama ada
keputusannya untuk tidak berlumba malam ini adalah tepat. Fikirannya buntu.
Seperti dia mempercayai mimpinya itu akan menempah nyatanya. Dan kucing hitam
itu. Ya, kucing hitam itu adalah sebab kematiannya. Wiski sudah habis diminum.
Guran seperti ingin minum lagi. Namun, kemudian niatnya untuk memesan segelas
wiski lagi dibatalkan. Guran seperti mendapat ketenangannya semula. Sesaat, dia
melihat pelayan bar. Guran tersenyum. Pelayan bar itu membalas senyuman Guran.
Tiba-tiba Guran teringat kepada seseorang. Oh, tidak! Dengan pantas, Guran
mengeluarkan wang dari dalam dompetnya dan menyerahkan kepada pelayan bar. “
Simpan bakinya” kata Guran. Pelayan bar itu terpinga-pinga. Guran segera
meninggalkan bar itu dan berlari menuju ke arah motosikalnya. Amanda...
Bersambung di
Fragmen 3~
Selekoh Terakhir…(Fragmen 3)
Guran mengeluarkan
kunci motosikal dari dalam saku seluarnya. Kerana terlalu gopoh, kunci itu
terlepas dari tangannya lalu jatuh ke tanah. Guran segera menunduk untuk
mengambil kunci itu semula. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menjerit
meminta tolong. Suara itu datangnya dari lorong di belakang bar itu. Guran
ingin cepat. Dia tidak ada masa untuk semua itu. Guran menghidupkan enjin
motosikalnya. Dia kemudiannya memecut meninggalkan bar itu. Jauh juga dia sudah
meninggalkan bar itu. Sesaat, Guran berasa serba salah. Orang itu dalam bahaya,
fikirnya. Guran berpatah balik. Dia menuju ke bar itu semula. Guran pergi ke
lorong belakang. Guran mencari arah suara itu tadi. Namun, suara itu sudah
tidak kedengaran lagi. Tidak lama, Guran terlihat sekujur tubuh gadis
terlentang. Guran segera menghampiri tubuh itu. Guran melihat wajah gadis itu
memucat. Kulitnya mengecut. Seperti orang kehilangan semua darah. Pandangan
Guran terarah kepada leher gadis itu. Di leher gadis itu ada dua kesan tusukan.
Di luar tusukan itu terdapat kesan darah yang masih membasah. Guran kehairanan.
Apakah yang telah berlaku kepada gadis ini? Adakah darahnya telah dihisap?
Guran diselubungi rasa takut. Dia segera lari meninggalkan gadis itu di situ.
Guran menghidupkan enjin motosikalnya. Dia kemudiannya memecut laju.
Wajah Guran
diterjah angin malam. Dia merasa seram sejuk. Gadis itu tadi telah dihisap
darahnya. Wajah gadis yang pucat dan kekeringan itu masih jelas terbayang.
Kenapa dia harus berpatah balik? Kenapa dia harus melihat semua itu? Dalam
ketar, Guran gagahkan dirinya untuk terus menunggang motosikalnya itu. Guran
teringat kepada Amanda semula. Dia terus memecut laju untuk segera pulang ke
rumah. Sesampainya di rumah, Guran segera memasang lampu ruang tamu. Dia
memanggil-manggil nama Amanda. Tidak lama, Amanda perlahan-lahan keluar dari
bilik.Dia meraba-raba sekitar. Guran segera mendapatkan Amanda. “Abang dah
balik? “ tanya Amanda. Guran memeluk erat Amanda, adiknya itu.Amanda
kehairanan. “Kenapa abang? Apa sudah berlaku?” tanya Amanda lagi. Guran tidak
menjawab. Sebaliknya terus memeluk Amanda. Tidak lama, mata Guran bergenang.
Air matanya menitis. Guran menangis. Amanda mendengar tangisan Guran. Dan
Amanda semakin kehairanan. Apa yang telah berlaku kepada abang?
Bersambung di
Fragmen 4~
Selekoh
Terakhir…(Fragmen 4)
Aloi membelek-belek
helmetnya yang tercalar dan sedikit pecah. Aloi merasa kesal kerana
menghempaskan helmetnya itu tadi. Schuberth SR-1, mahal bukan kepalang dia
membeli helmet teknologi itu. Namun, amat ringan tangannya menghayun dan
menghempaskan helmet itu ke tanah. Semuanya kerana Guran. Guran telah
mempermainkannya malam ini. Aloi berasa
tertipu. Aloi telah ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dan dia rasa sungguh
malu. Aloi berasa amat tidak puas hati dengan apa yang telah Guran lakukan kepadanya.
Hatinya menyumpah Guran. Aloi meletakkan semula helmetnya di kerusi. Perlakuan
Aloi itu diperhatikan oleh Condut. Jelas, Aloi masih tidak dapat menyembunyikan
perasaan marahnya. Condut faham perasaan Aloi. Bagaimana Aloi meminta dia
membaiki motorsikalnya. Bagaimana Aloi memberitahu Condut bahawa dia mesti
menang malam ini. Begitu Aloi bersiap
sedia untuk berlumba dengan Guran. Namun, lain pula yang terjadi. Guran tidak
memunculkan diri malam ini. Sedangkan Guran sudah berjanji untuk berlumba
dengan Aloi. Aloi seperti orang bodoh, menunggu Guran yang tidak datang-datang.
Aloi menghirup habis bir Guinness di dalam gelas. Aloi mengeluarkan sebatang
rokok dan menghidupkannya. Rokok disedutnya dalam-dalam. Aloi melihat Condut.
Dia seakan tahu Condut memerhatikannya dari tadi. “Masih marah lagi?” Condut
memberanikan diri bertanya. “Huh! Rasa nak patah-patahkan tulang Guran,” kata
Aloi. “Sabar, kawan. Nah, minum lagi,” Condut menuangkan bir Guinness ke dalam
gelas Aloi. Aloi membuang rokok yang belum lagi setengah dihisapnya ke tanah. Aloi
menatang gelas, menghirup bir Guinness itu lagi. Aloi meletakkan gelas itu di
meja semula. Condut ingin menuangkan lagi, namun dihalang oleh Aloi.
“Cukuplah,” kata Aloi. Tidak lama, Aloi mengambil helmetnya di atas kerusi dan
kemudian berdiri. Dia seperti ingin beredar dari situ. Perlakuan Aloi menarik
perhatian Condut. “ Kau hendak ke mana?” tanya Condut. “ Balik,” kata Aloi.
“Baiklah, jaga diri kawan,” kata Condut. Aloi mengangguk. Aloi memakaikan
helmet di kepala. Dia menuju ke arah motorsikalnya. Aloi menghidupkan
motorsikalnya. Kemudian memecut dan beredar dari situ. Condut masih lagi di situ.
Dia memerhatikan Aloi yang sudah pergi. Condut kemudiannya melambai ke arah
tauke kedai. Tauke itu perasan dengan perlakuan Condut “Guinness, satu botol
lagi!” kata Condut. “Baik,” kata tauke kedai itu.
Bersambung di
Fragmen 5~Nantikan sambungannya...
Singgah di blog
saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan