Selekoh Terakhir...Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelumba
haram bernama Guran yang berusia 20 tahun. Malam itu, Guran berlumba dengan
Aloi. Guran ketinggalan kira-kira 10 meter. Aloi yang mendahului tiba-tiba
merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Motosikalnya semakin perlahan. Walaupun
dia memulas sehabis daya, juga tidak menjadi. Guran berjaya memintas Aloi.
Guran mengejek Aloi dan terus memecut laju. Aloi semakin tertinggal. Guran
memusing kepalanya ke belakang. Dia ingin mengejek Aloi sekali lagi. Kemudian dia
berpaling semula. Tiba-tiba seekor kucing hitam buru-buru melintas jalan. Guran
membrek mengejut. Guran hilang kawalan. Tangannya
terlepas. Dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta datang dari
arah bertentangan. Menderu. Melanggar Guran. Guran terpelanting lagi. Kali ini
lebih jauh.Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat.
Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar
perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula
memberat. Guran berusaha membuka.
Tidak...Aku tidak mahu mati. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat.
Tiba-tiba Guran dikejutkan oleh satu suara. Dron, sahabatnya mengejutkan Guran.
Dron mengejutkan Guran kerana dia ada perlumbaan dengan Aloi malam itu. Guran
masih terpinga-pinga. Dron mengingatkan Guran lagi tentang perlumbaan itu.
Sesaat, Guran teringat tentang kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Di
satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat
kematian kau, Guran. Guran membatalkan niatnya untuk berlumba. Dron terkejut
mendengar jawapan yang keluar dari mulut Guran. Guran menyapu wajahnya.
Tangannya terketar-ketar.Sesaat, dia merasakan tubuhnya lain semacam.Seram dan
sejuk.Dadanya masih berdebar.Jantungnya berdegup pantas.Sedaya dia cuba
menenangkan diri. Guran menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya
perlahan. Dron kehairanan melihat tingkah laku Guran. Dron bertanya tentang
keadaan Guran. Guran meminta Dron mengambilkannya segelas air kerana dia merasa
amat haus.Malam itu, Guran tidak jadi berlumba. Sebaliknya, dia pergi ke sebuah
bar dan minum untuk menenangkan diri. Dron berasa takut dengan keputusan Guran.
Ini kerana orang yang akan berlumba dengan Guran ialah Aloi, dan Guran sudah
berjanji untuk berlumba malam itu. Di tempat perlumbaan, ramai orang sudah
berhimpun. Sudah lama Aloi menunggu tetapi dia tidak melihat kelibat Guran. Aloi
tidak dapat menahan kemarahannya. Dia menghempaskan helmet ke tanah sambil
menyumpah. Dia menjerit nama Guran. Aloi rasa tertipu dan dimalukan di hadapan
kawan-kawannya. Dan dia merasakan Guran patut menerima balasan.Waktu itu, Aloi
teringat akan satu perkara yang boleh memuaskan hatinya. Sesuatu yang boleh
menebus malunya. Apakah maksud mimpi Guran itu? Adakah ia gambaran kematiannya?
Apa yang akan berlaku seterusnya kepada Guran? Bagaimana dia akan berhadapan
dengan Aloi? Dan apakah perkara yang boleh memuaskan hati Aloi dan dapat
menebus malunya? Semuanya dalam Selekoh Terakhir...~
-
Selekoh Terakhir...~Fragmen 1
Mikael Adam 1:12 PG 0
Selekoh Terakhir...~Fragmen 1 Mikael Adam 1:12 PG
You might also like
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan