Kristina~Dia
Tidak Tahu Akan Kewujudanku (Fragmen 3)
Kristina
memegang lukisan itu. Diperhatikannya dengan teliti. Tiba-tiba muka Kristina
merona merah. Dia tidak menyangka bahawa Mike melukis dirinya. Dirinya yang
sedang duduk, dirinya yang sedang berdiri, dirinya yang sedang berjalan. Dan
dirinya yang sedang mengambil gambar, iaitu yang paling besar sekali terletak
di tengah-tengah. Apa yang lebih mengejutkan Kristina ialah lukisan itu sungguh
ekspresif. Emosi Kristina tergambar sepenuhnya pada wajah yang dilukis.
Kristina tidak menyangka Mike dapat melukis dirinya sampai begitu sekali. Perasaan
Kristina sewaktu mengambil gambar juga dinyatakan oleh Mike dengan tepat.
Kristina juga tidak menyangka selama ini dia diperhatikan oleh Mike. dan Mike
menjadikannya subjek dalam lukisan. Kristina tidak tahu sama ada dia rasa takut
atau gembira ketika itu. Takut, kerana dia selama ini diperhatikan. Gembira,
kerana ada orang yang meminatinya dalam diam. Agak lama Kristina memegang
lukisan itu. Seperti dia tidak mahu melepaskannya. Akhirnya dengan cermat, dia
kemudiannya meletakkan lukisan itu di atas meja semula. Kristina terpandang
pensel yang digunakan oleh Mike untuk melukis. Tiba-tiba, Kristina terfikir
sesuatu. Dia kemudiannya mengambil pensel itu dan melukis tanda ;) berserta
sepotong ayat berbunyi “ hatiku bersimfoni...” di ruangan tepi sebelah kanan
bawah lukisan itu.
Mike
berlari menuju ke kelas semula. Dia ingin mendapatkan lukisan itu. Sampai di
kelas, Mike terlihat Kristina yang sedang menulis sesuatu pada lukisan itu.
Kristina tersedar ada seseorang datang secara tergesa-gesa berdasarkan bunyi
tapak kaki. Kristina segera berpaling. Kristina terlihat Mike. Bibir Kristina
menguntum senyum. Mike kemudiannya tertunduk. Habislah...
Bersambung
Fragmen 4~^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan