-->
  • Selekoh Terakhir~ (Fragmen 2)



    Selekoh Terakhir~ (Fragmen 2)
    Guran masih lagi di bar. Minum untuk menenangkan diri. Guran berkata sesuatu kepada pelayan bar. Dia meminta segelas Jack Daniels lagi. Pelayan itu memerhatikan Guran. Pelayan itu  tidak berkata apa-apa. Dia menuangkan wiski ke dalam gelas. Guran meneguk wiski.Sudah banyak Guran minum. Dia cuba untuk melupakan mimpinya tadi. Namun, kepalanya masih sarat dengan pelbagai persoalan. Apakah maksud mimpinya sebentar tadi? Benarkah ianya gambaran kematiannya? Tidak pernah dia bermimpi seperti itu sebelum ini. Mimpi itu benar-benar mengerikan. Guran mengingat semula bagaimana seekor kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut dan hilang kawalan. Tangannya terlepas dan dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan menderu dan melanggar Guran. Guran terpelanting lagi dan kali ini lebih jauh. Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat. Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula memberat. Guran berusaha membuka. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat. Mimpinya sampai di situ sahaja kerana dia tersedar apabila dikejutkan oleh Dron. Di satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat kematian kau, Guran. Guran mengusap rambutnya. Adakah itu satu petunjuk? Adakah dia benar-benar akan ditimpa kemalangan dan mati sekiranya berlumba dengan Aloi malam ini? Aloi, lelaki itu pastinya sedang menunggunya di tempat perlumbaan. Dan tentunya juga lelaki itu berasa marah kerana seperti dipermainkan oleh Guran. Aloi akan ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dan Aloi akan mencarinya selepas ini kerana maruah Aloi sudah tercalar. Guran tidak tahu sama ada keputusannya untuk tidak berlumba malam ini adalah tepat. Fikirannya buntu. Seperti dia mempercayai mimpinya itu akan menempah nyatanya. Dan kucing hitam itu. Ya, kucing hitam itu adalah sebab kematiannya. Wiski sudah habis diminum. Guran seperti ingin minum lagi. Namun, kemudian niatnya untuk memesan segelas wiski lagi dibatalkan. Guran seperti mendapat ketenangannya semula. Sesaat, dia melihat pelayan bar. Guran tersenyum. Pelayan bar itu membalas senyuman Guran. Tiba-tiba Guran teringat kepada seseorang. Oh, tidak! Dengan pantas, Guran mengeluarkan wang dari dalam dompetnya dan menyerahkan kepada pelayan bar. “ Simpan bakinya” kata Guran. Pelayan bar itu terpinga-pinga. Guran segera meninggalkan bar itu dan berlari menuju ke arah motosikalnya. Amanda...

    Bersambung di Fragmen 3~      


  • You might also like

    Tiada ulasan: