Kristina~Dia Tidak Tahu Akan Kewujudanku.Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kristina yang berusia 17 tahun. Kristina merupakan seorang pelajar yang baru berpindah sekolah. Semasa diperkenalkan oleh Cikgu Stephen, Kristina berharap agar kehadirannya diterima oleh rakan sekelas. Seorang pelajar bertanya akan hobi Kristina. Kristina memberitahu bahawa dia amat meminati bidang fotografi. Baginya, gambar adalah kehidupan yang tersuling dan terpelihara selamanya. Wajah yang ekspresif, masa yang sekejap dalam alam, bentuk yang abstrak, semua ini adalah asas-asas fotografi. Sebuah gambar menyampaikan sesuatu yang tidak boleh dijelaskan melalui kata-kata, rasa misteri dan keindahan hidup, sifat dan pencapaian manusia. Kata-kata Kristina membuatkan pelajar itu terdiam. Cikgu Stephen memandang Kristina, menepuk tangannya kemudian disertai oleh semua pelajar.Mereka kagum dengan kata-kata Kristina. Kehadiran Kristina di sekolah itu telah menarik perhatian semua orang, tidak lupa juga seorang pelajar bernama Mike. Dia ialah pelajar dari kelas sebelah. Tanpa pengetahuan Kristina, Mike sering memerhatinya dari jauh. Namun, apabila terserempak Mike segera menunduk dan mengalihkan pandangannya daripada Kristina. Kristina menyertai Kelab Fotografi di sekolahnya. Suatu hari, Kristina telah masuk ke kelas sebelah untuk mengedarkan risalah pertandingan fotografi.Kehadiran Kristina tidak disedari oleh Mike kerana waktu itu Mike sedang leka melukis. Sampai di meja Mike, Kristina ingin menyerahkan risalah. Sesaat, dia tertarik dengan apa yang Mike lakukan. Kristina memerhatikan Mike. Mike menyedari sesuatu sehinggakan dia mendongakkan kepala. Mike amat terkejut dengan kehadiran Kristina.Dia hilang imbangan dan terjatuh dari kerusi. Perlakuan Mike membuatkan Kristina tidak dapat menahan ketawanya. Mike berasa amat malu dengan kejadian itu. Dia segera bangun, dan lari keluar dari kelas. Tindakan Mike mengejutkan Kristina. Dan, Kristina bertambah terkejut melihat apa yang dilukis oleh Mike. Apakah yang dilukis oleh Mike sehingga membuatkan Kristina terkejut? Adakah Mike mampu melupakan kejadian yang memalukan itu? Dan bagaimana hubungan keduanya nanti? Semuanya dalam Kristina~Dia Tidak Tahu Akan Kewujudanku.~^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan