Kristina
Special...
Dia ialah watak yang paling misteri. Dia ialah watak yang mengambil masa 6
bulan untuk dikaji. Dia seorang lelaki dingin dan tidak menghiraukan orang lain
setelah satu peristiwa menimpa sahabat baiknya. Dia seorang petinju. Isabel
Lockheart menyukainya, manakala Am Nass mengaguminya dan menganggapnya seorang
pejuang. Dia ialah watak yang membuatkan pembaca terus setia dengan cerita
Kristina. Dialah...semuanya dalam Kristina Fragmen 9.
Kristina... Fragmen 9
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
“Huh...Huh...Huh...”
Perlakuannya tiba-tiba terhenti. Dia menghentikan kiraan. Dia terduduk. Peluh
menitik jatuh dari muka. Disapunya perlahan. Dia menundukkan kepalanya.
Memandang lantai simen. Dia cuba untuk membuang kepenatan. Lama juga dia
memandang lantai simen itu. Tak lama, kedengaran bunyi tapak kaki. Bunyinya
semakin kuat dan menghampiri. Tertarik dengan bunyi itu, dia mendongakkan
kepalanya. Dia terpandang satu susuk tubuh atletik di hadapannya. Lelaki itu
tersenyum memandangnya. “Letih ke?” tanya lelaki itu. Dia hanya mengangguk perlahan.
“Simon, ajar aku cara menumbuk.” Tiba-tiba dia bersuara. Menyatakan hasratnya
kepada lelaki itu. Spontan, Simon menghayunkan kedua belah tangannya dan
melakukan aksi menumbuk. “ Ajar kau cara menumbuk? Kau larat lagi ke? Penat
betul kau aku tengok. Muka pun dah merah-merah,” ujar Simon. “ Larat lagi ni,”
dia membalas kata-kata Simon. “Baiklah,” Simon menjawab lalu menghulurkan
tangannya. Dia menyambut tangan Simon dan segera angkat. Kemudian, keduanya
saling membuka baju dan meletakkannya di tepi. Gelagat mereka berdua menarik
perhatian pengunjung taman tasik itu. Tidak lupa juga kepada dua orang gadis
yang sedang lalu di hadapan mereka. “Wow...kau lihat tu,” kata salah seorang
daripada gadis itu. Rakannya tersenyum dan kemudian tertawa kecil. “Mantapnya,”
kata gadis itu lagi. Susuk tubuh Simon memang tegap dan cantik.Terutama pada
bahagian perutnya yang berketul. Sifar lemak di situ. Dia pula sedikit kurus
namun susuk tubuhnya masih menampakkan dirinya sebagai seorang petinju.
Walaupun seakan menyedari diperhatikan oleh orang di sekeliling, mereka berdua
tetap meneruskan latihan. Berlatih di luar, dengan udara petang yang menghembus
lembut sememangnya memberikan pengalaman latihan yang berbeda. Lebih nyaman dan
tenteram berbanding di dalam gim yang tertutup. Ini secara tidak langsung
memberi kesan yang positif terhadap emosi petinju. Petang itu,mereka berlatih
teknik tinju yang biasa dilakukan seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk
(uppercut), dan tumbuk cangkuk (hook). “Ada caranya untuk memperkeras tinju
atau pukulan. Semuanya dapat diperoleh dengan latihan yang rutin. Memiliki
tinju atau pukulan yang keras tentunya akan meningkatkan kepercayaan diri kita
saat hendak melakukan sparing.Kita akan yakin kalau lawan yang kita pukul akan
terjatuh hanya dengan melakukan beberapa pukulan saja, tapi harus memiliki
ketepatan target yang bagus dalam melakukan pukulan,” kata Simon. “Jadi, apa
caranya?” dia bertanya.. “Macam yang kau biasa lakukan, ‘Push Up’. Lagi satu,
memukul dinding,” kata Simon lagi. “Memukul dinding?”dia bertanya lagi. “ Ya,
tapi bukan seperti hendak memukul orang. Hati-hati, boleh cedera tangan
dibuatnya. Lakukan dengan perlahan-lahan tapi lakukan sampai berulang kali.
Jangan terlalu perlahan juga, kau dapat mengatur kekuatannya sesuai kemampuan,”
jelas Simon lagi. “Terima kasih, Simon. Kau banyak ajar aku,” dia berkata.
“Alah, hal kecil itu.” kata Simon. Sesaat, Simon memandang mentari yang hampir
melabuhkan tirai. “Eh, dah lewat ni, hari pun dah semakin gelap. Jom, kita
balik,” ajak Simon. Dia mengangguk perlahan, dan keduanya mula berjalan pulang
dari taman tasik itu. Sepanjang perjalanan pulang itu, dia berfikir sesuatu.
Dalam diam, dia amat mengagumi lelaki bernama Simon. Simon yang sentiasa
memberi tunjuk ajar kepada dia. Dia, dia yang bernama Ronny Mark.
p/s : Dialah, Ronny Mark...
Oh, ya!Karya ini akan dibukukan! Seronoknya!
Layari http://brain-psychoneuron.blogspot.com/
dan http://penaberdansa.blogspot.com/
untuk membaca karya-karya saya. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan