J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1-2.
J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1
Mentari pagi merangkak perlahan di ufuk timur.Kicau
burung melagukan simfoni alam.Ayam jantan berkokok di reban. Embun pagi yang
menumpang di daun, perlahan menyimbah bumi .Hidup. Aku masih lagi hidup.
Perlahan aku menarik nafas.Dalam-dalam.kemudian kuhembus perlahan. Ku diam
sejenak. Berdoa di dalam hati. “Terima kasih Tuhan kerana memberiku satu hari
lagi.Dan ku berharap ia menjadi perangsang kepada diriku.” Semalam adalah sejarah.
Hari ini adalah realiti. Dan esok adalah misteri. Tidak siapa tahu akan
nasibnya esok hari. Namun, hari ini dapat memberi bayangan apa yang akan
terjadi esok hari.
Aku kemaskan tempat tidur.Bantal,
selimut kususun rapi. Si Labang berkokok lagi. Amat setia Si Labang dengan
tugasnya. Membangunkan aku setiap pagi. Aku segera mencapai tuala dan menuju
bilik mandi.Seperti biasa, memberus gigi dan kemudian mandi. Selesai mandi, aku
mencapai baju dan seluar di dalam almari.Kuambil jam tangan di meja. Kemudian ,
sikat rambut. Hari ini hendak cuba fesyen belah tengah. Lama juga memerhatikan
wajah di cermin. Terlupa pula untuk mencukur misai dan jambang. Nampak tidak
kemas. Tapi, kalau lama-lama diperhatikan agak menarik juga. Nampak lebih
matang dan tegas.
Cukuplah bercermin. Aku kemudiannya
pergi ke dapur. Menjerang air panas. Pagi ini rasa hendak bersaparan telur separuh
masak dan kopi campur susu. Selesai sarapan, sesaat aku melihat jam di tangan.
Dah hampir waktu aku bekerja. Aku segera
mengambil kunci motorsikal yang tersangkut di dinding. Kemudian, mengenakan
stoking dan kasut kerja. Bergegas ke arah motorsikal kapcai warna hitam dan
menghidupkan enjin. Kakiku menekan gear satu dan motosikal mula bergerak.
Sambil merenung ke atas sejenak dan memerhati mentari yang semakin meninggi.
Udara pagi yang cukup menyamankan. Selamat pagi semua. Oh, ya. Namaku Laguna.
Aku bermain dengan minyak hitam dan ‘spark plug’.
Bersambung Fragmen 2...
J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 2
Setibanya aku di tempat kerja, kulihat
Ward juga sudah sampai. Dia senyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Aku
parkir motosikalku. Sebaik sahaja aku membuka helmet, aku mengeluarkan sikat
dari saku seluar. Aku memandang cermin motosikal sambil merapi dan menyikat
rambutku. Selesai bersikat aku mendongak. Perbuatan aku menarik perhatian Ward.
Dia memandang wajahku sambil berkata, “Wah, stail rambut baru ke? Belah tengah
you...”Aku tertawa dan membalas kata-katanya. “Cuba stail baru pulak kali ni.”
“Tapi, ada kurang sikit.Sebab kau tak bercukur.Kalau bercukur lagi kacak,”kata
Ward lagi. “Oh, itu.Aku terlupalah.Lagipun aku tengok kat cermin tadi macam ni
pun bagus juga,”balasku. Tauke belum datang lagi. Aku dan Ward lepak sekejap
sementara menunggu bengkel dibuka. Hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Pasti
ramai yang akan mengunjungi bengkel sebentar lagi. Aku dan Ward memerhati
sekeliling. Kemudian, kami saling berpandangan. “Mana Kiros? Dia belum sampai
lagi ni?tanya Ward kepadaku.”Entahlah.Tak pernah dia datang lambat,”kataku.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta. Sebuah kereta Toyota Corona warna
putih parkir tidak jauh dari tempat aku dan Ward melepak. Seorang lelaki
separuh usia keluar dari perut kereta.Perlahan, dia menutup pintu kereta. “Kamu
dua sajakah? Mana Kiros? Belum datang lagi?”tanya lelaki itu. “Tidak tahu, Tauke.
Belum nampak dia lagi,”ujar Ward. “Guna, awak telefon dia dulu. Cuba tanya di
mana dia sekarang,”pinta Tauke Lim. Sedang aku ingin mendail nombor dan
menelefon Kiros, telefon aku berbunyi. Kulihat nama Kiros pada skrin telefon.
Cepat-cepat aku sahut. “Helo?Ha, di mana Kau Kiros? Tauke cari kamu
ni,”tanyaku. Tidak lama aku tersentak. “Apa?! Ayah kamu pengsan!?” Ward dan
Tauke Lim terpinga mendengar suaraku yang agak nyaring. Aku memandang Ward dan
Tauke Lim. “Ayah dia pengsan, tauke. Sekarang ambulans bawa ke
hospital,”kataku. Tauke Lim terdiam. Tidak lama, dia bersuara. “Guna, Ward.
Cepat,mari kita pergi hospital,” ajak Tauke Lim. “Tapi, macam mana bengkel?”
tanyaku. “Ya, Tauke.Macam mana bengkel?” kini giliran Ward pula bertanya. “Kita
pergi hospital dulu. Nanti kita buka bengkel.Kalau tak dapat juga, kita tutup
hari ni,” ujar Tauke Lim. Aku dan Ward cepat-cepat masuk kereta Tauke Lim.
Enjin kereta dihidupkan. Dan kereta bergerak pantas menuju hospital.
Bersambung Fragmen 3...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan