-->
  • Kristina Special - Aku Gadis Fotografi (Fragmen 10)


    Kristina Special -Aku Gadis Fotografi
    Fragmen 10
    Kristina melihat jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Keadaan di dalam bilik kelas agak riuh. Namun begitu, agak terjaga. Tiada murid yang berjalan ke sana dan ke mari. Tetap juga mereka mengusik sesama sendiri. Hari ini perjumpaan Kelab Fotografi. Ramai juga yang datang, terutama ahli baru dari Tingkatan 1. Tidak lama, satu susuk tubuh masuk ke dalam kelas. Lelaki itu mengepit fail di tangannya. Dialah cikgu Stephen, guru penasihat Kelab Fotografi. Selain itu, dia juga membawa sebuah beg. Sejurus selepas Cikgu Stephen masuk ke dalam kelas, semua pelajar berdiri dan mengucapkan selamat petang. "Selamat petang, cikgu," kata mereka. "Ya, selamat petang semua. Sila duduk," jawab Cikgu Stephen.Kristina dan pelajar lain kemudiannya duduk. Cikgu Stephen melihat sekeliling. Ramai juga yang datang, fikirnya dalam hati. "Baiklah, cikgu ucapkan terima kasih kepada semua pelajar kerana ramai juga yang hadir hari ini. Dan cikgu harap ianya akan berterusan. Nama saya Cikgu Stephen. Mungkin tidak asing lagi bagi kamu di sini, tapi mungkin baru bagi adik-adik kamu di Tingkatan 1. Cikgu selaku guru penasihat untuk Kelab Fotografi. Dan ini, cikgu perkenalkan kamu kepada Kristina, pengerusi Kelab Fotografi," Cikgu Stephen memperkenalkan pelajar lain kepada Kristina. Kristina berdiri dan memperkenalkan diri. "Hai, nama saya Kristina. Saya gembira awak semua memilih Kelab Fotografi. Harap kita dapat bekerjasama," kata Kristina. Raut wajah Kristina yang menawan itu menarik perhatian ahli baru. Mereka tersenyum. Ada juga yang tertawa. Barangkali tujuan mereka memasuki Kelab Fotografi adalah kerana ingin bersua dan dekat dengan Kristina. "Baiklah Kristina, awak boleh duduk,"kata Cikgu Stephen. Kristina duduk semula. Cikgu Stephen mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Ianya adalah sebuah kamera. Kamera itu menarik perhatian pelajar baru. Bagi pelajar lama, mungkin mereka sudah biasa, namun hati tertarik juga. "Kristina, boleh awak datang ke depan dan bantu saya terangkan tentang kamera ini?" kata Cikgu Stephen. "Ya, boleh Cikgu," Kristina bingkas dari tempat duduknya dan segera tampil ke depan. Cikgu Stephen menyerahkan kamera itu kepada Kristina. Kristina menyambut kamera itu. Kemudian, dia membelek-belek kamera itu. Dia memandang sekeliling. "Yang lain diam, dengar penerangan daripada Kristina. Kristina, teruskan," kata Cikgu Stephen. Tidak lama, Kristina pun memberi penerangannya. "Ini adalah kamera DSLR Canon EOS 70D.Ia memiliki spesifikasi dan fitur yang sangat kompleks, dengan rekaan badan yang padat dan kukuh serta grip yang nyaman. Ia memberikan kenyamanan ketika digenggam. Kamera ini dilengkapi dengan Layar LCD variangel yang dapat diputar hingga 360 darjah sebesar tiga inci. Kamera ini juga dibekalkan dengan Prosessor Gambar DIGIC 5+ dan menggunakan sensor CMOS 22.5mm x 15.0mm, sehingga mampu menghasilkan gambar dan video dengan kualiti yang mengagumkan.Boleh saya cuba ambil gambar, Cikgu?" tanya Kristina kepada Cikgu Stephen. "Ya, silakan," jawab Cikgu Stephen. Kristina kemudiannya menunjuk cara bagaimana menggunakan kamera DSLR Canon EOS 70D. Dia mengambil beberapa keping gambar. Perlakuan Kristina menarik perhatian ahli baru. Mereka tertarik dengan penerangan Kristina yang jelas dan lancar. Di samping itu, Kristina juga ada menunjuk cara bagaimana menggunakan kamera. Di akhir perjumpaan, Cikgu Stephen membuat sedikit pengumuman. "Baiklah, pertandingan fotografi akan bermula dua minggu dari sekarang. Diharap ahli kelab dapat membuat persediaan dan perancangan. Boleh dapatkan borang pertandingan daripada Kristina. Tiga pemenang akan mewakili pertandingan fotografi peringkat bahagian," jelas Cikgu Stephen. Semua pelajar berpandangan sesama sendiri. Bagi mereka, inilah peluang untuk mencuba nasib di samping mengasah bakat. Kristina mengalihkan pandangannya kepada Cikgu Stephen. Dia dapat melihat kesungguhan di wajah guru muda itu. Dan, Kristina pun tersenyum.

  • You might also like

    Tiada ulasan: