-->
  • Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Welcome Home, Am Nass.)



    Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Welcome Home, Am Nass.)
    Am Nass masih menunggu di ruangan mengambil bagasi.Dia masih menanti ketibaan bagasinya.Sebuah beg sorong dan sebuah beg galas. Sesaat, Am Nass melihat jam Patek Philippe di pergelangan tangan.Waktu menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Penerbangan selama 13 jam dari Rome ke Abu Dhabi, dan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Etihad Airways agak memenatkan.Am Nass membuka cermin matanya, dan menyapu wajahnya sekejap.Dan kemudian, dia memakai cermin matanya semula.Tidak lama, tiba dua buah bagasi yang dinantikannya.Am Nass mengambil bagasinya dan melangkah menuju kaunter daftar keluar imigresen.Setibanya di sana, Am Nass beratur bersama penumpang lain.Kemudian, gilirannya pun tiba.Am Nass mengeluarkan passport antarabangsanya dan memberikannya kepada seorang pegawai imigresen wanita di kaunter.Pegawai imigresen wanita itu kemudiannya membuka passport Am Nass dan memeriksa maklumat peribadi.Dia kemudiannya melihat skrin komputer dan mengetuk papan kekunci.Setelah berpuas hati, pegawai imigresen wanita itu memberikan semula passport itu kepada Am Nass.Seorang lagi pegawai imigresen lelaki memandang Am Nass.Dia melemparkan senyuman.Am Nass membalas senyumannya.Pegawai imigresen yang lain memerhatikan Am Nass melangkah pergi.Seperti mereka mengenali Am Nass.Am Nass tiba di ruang legar KLIA.Dia memerhatikan sekeliling.Ramai juga para penumpang yang datang dan pergi.Dari jauh, kelihatan kelibat seorang lelaki menuju ke arah Am Nass.Am Nass melihat lelaki itu menuju ke arahnya. Mereka bersalaman kemudiannya. “Dah lama sampai?”tanya Inspektor Henry. “Baru sampai,”jawab Am Nass. “Saya sudah aturkan tempat penginapan untuk awak.Awak boleh mandi dan berehat dahulu.Nanti bila dah sedia, saya akan hubungi awak.Kita makan dahulu dan kemudian kita pergi ke balai polis Bukit Aman.Perkakasan untuk penggodaman kami sudah sediakan,”jelas Inspektor Henry. “Terima kasih,Inspektor Henry,”jawab Am Nass ringkas. “Welcome home,Am Nass.Selamat pulang ke Malaysia,”Inspektor Henry mengucapkan kata-kata itu sambil memegang bahu Am Nass.Am Nass tersenyum dan kemudian mengangguk perlahan.Kemudian, mereka berdua melangkah keluar dari ruang legar KLIA menuju ke tempat letak kereta.
    Bersambung...
    Foto : Google Images (gambar hiasan)
  • You might also like

    Tiada ulasan: