-->
  • Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Petikan Fragmen 2)

    Emily Watson
    Selekoh Terakhir : Mencari Emily
    Petikan Fragmen 2
    Jam 00:44 pagi

    Lokasi: Balai Polis Bukit Aman


    Aku masih lagi menghadap komputer riba.Aku masih cuba untuk memecah masuk ke laman 'dark net' milik Venom.Laman yang memuatkan gambar dan video penculikan dan pembunuhan.Aku dan Inspektor Henry masih lagi di Balai Polis Bukit Aman.Inspektor Henry, yang bergegas pulang dari Scotland Yard ketika dalam pertukaran tugas di sana telah diarahkan untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang gadis berusia 20-an bernama Emily.Inspektor Henry memerlukan seseorang untuk membantunya menggodam laman 'dark net' milik Venom.Danial Roy, lelaki yang sama-sama bertugas dengan aku dahulu ketika operasi sulit ketenteraan telah mencadangkan nama aku kepada Inspektor Henry.Aku saat ini, telah bersara daripada menjadi seorang penggodam internet beretika dan lebih menumpukan kepada bidang penulisan dan menghasilkan buku.Inspektor Henry telah mencari aku sampai ke Venice, Itali.Dia meminta aku membantunya dan pihak polis dalam hal ini.Inspektor Henry telah menyediakan tiket penerbangan untuk aku pulang ke Malaysia.Aku bersetuju untuk membantu dan segala pembabitan aku dalam operasi ini akan dirahsiakan.Apa yang diharapkan sekarang ialah agar Emily tidak diapa-apakan dan berjaya dijejaki.Inspektor Henry sudah lama tidak bercukur dan aku pula terusan menghadap komputer riba.

    Friends do Friends favors right?
    Well I'm going to do a favor for you.
    I'm not doing this for money,
    I'm doing this for beauty.
    Keep calm and go to sleep...
    ~Venom.

    Mampukah Inspektor Henry dan Am Nass mencari Emily.Nantikan esok.

    "Bertahan, Emily..."


  • You might also like

    Tiada ulasan: