-->
  • Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Senja Di Venice)




    Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Senja Di Venice)

    Lokasi : Ristorante Ivo, San Marco, Venice (Itali)
    Keadaan di Ristorante Ivo agak lengang waktu ini.Masih belum ramai pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Di sudut hujung sebelah kiri, seorang pemuda bercermin mata dengan susuk tubuh agak kurus sedang menulis sesuatu pada buku nota.Jemarinya tekun menulis bait-bait puisi terbaru.Tidak lama, dia mengambil kamera kecilnya dan mula mengambil beberapa keping gambar.Gambar itu nanti akan dimuatkan dalam buku puisi fotografi yang sedang dihasilkannya.Dari jauh, seorang pelayan datang ke arahnya.Dan, dengan sopan menyapanya. “Posso prendere il vostro ordine, per favore? " tanya pelayan itu. “Spaghetti con scampi, Jermann Vintage Tunina,”pemuda itu menjawab lembut. “Grazie Signore,”kata pelayan itu lagi sambil tersenyum. “Prego,”balas pemuda itu sambil membalas senyuman pelayan itu.Sesaat,dia melihat jam Patek Philippe di pergelangan tangannya.Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia seperti menunggu seseorang.Pandangannya beralih ke arah pintu masuk restoran.Tidak lama, sesusuk tubuh sasa dan tegap melangkah masuk.Dia memakai jaket kulit hitam.Matanya memandang sekeliling.Matanya terarah ke pemuda tadi.Itupun dia, bisiknya dalam hati.Lelaki itu melangkah mendekati pemuda itu. “Maaf, sudah lama tunggu?”tanya lelaki itu sambil menghulurkan tangan.Pemuda itu menyambut tangannya.Mereka bersalaman. “Tidak juga.Silakan duduk,”kata pemuda itu. “Awak Am Nass?Saya Inspektor Henry,”kata lelaki itu. “Ya, saya Am Nass,”jawab pemuda itu. “Tentu awak sudah tahu tujuan saya datang ke Venice ini untuk mencari awak,”kata Inspektor Henry.Am Nass mengangguk perlahan.Dia menutup perlahan buku notanya. “Am, pihak polis perlukan bantuan awak untuk memecah masuk ke dalam laman “dark net” pembunuh bersiri Venom.Di dalam laman “dark net” itu Venom telah muatkan gambar dan video mangsa pembunuhannya.Awak kenal Nail,kan?Dia kata awak pernah bekerja dengannya dalam satu operasi sulit ketenteraan dahulu.Dia yang cadangkan nama awak kepada saya,”kata Inspektor Henry. “Tapi saya sudah lama tidak melakukan perkara itu,Inspektor Henry.Saya sudah berhenti.Sekarang saya hanya menumpukan perhatian terhadap penulisan buku,”kata Am Nass sambil mengatur cermin matanya. “Am,hanya awak sahaja harapan pihak polis sekarang ini.Laman “dark net” itu mempunyai kod yang perlu dinyahkan.Anggota kami telah mencuba namun masih gagal untuk menyahkod.Tolonglah,Am.Bantu pihak polis.Venom telah membunuh seramai tiga mangsa setakat ini.Kesemuanya wanita dalam lingkungan umur 20-an.Dan kini, seorang lagi gadis telah dilaporkan hilang dan diyakini diculik oleh Venom.Namanya Emily Chan.Dia seorang penuntut di sebuah kolej dalam jurusan bahasa dan kesusasteraan,”Am Nass terdiam seketika.Lama juga dia berfikir. “Baiklah, saya akan bantu.Cuma saya ingin identiti saya dirahsiakan dan sebarang pembabitan saya dalam hal ini dinafikan.Dan juga, sediakan saya perkakasan untuk penggodaman,”kata Am Nass. “Terima kasih Am sebab sudi membantu”kata Inspektor Henry.Am mengangguk perlahan.Inspektor Henry mengeluarkan sesuatu daripada saku jaketnya. “Am, ini tiket penerbangan balik ke Malaysia.Saya akan jumpa awak di sana nanti,”Inspektor Henry menyerahkan tiket penerbangan itu kepada Am Nass.Am Nass mengambil tiket penerbangan tersebut.Inspektor Henry tersenyum.Am Nass membalas senyumannya. “Inspektor, awak nak wain?”tanya Am Nass. “Ya, boleh juga,”kata Inspektor Henry.
    Bersambung...
  • You might also like

    Tiada ulasan: