Pemikiran Lewat Teori : Cerita Satu (Vincent van Gogh) Fragmen 1
Tempat : The National Gallery of Art, Washington D.C.
Am Nass melangkah masuk ke dalam ruang legar galeri.Terdapat ramai pengunjung yang mengunjungi galeri hari itu.Mereka adalah pengunjung tempatan dan luar negara.Semuanya datang untuk melihat dan menghayati lukisan dan hasil seni lain yang terpamer di situ.Ada di antaranya penuntut seni lukis serta pelukis profesional yang ingin melukis semula lukisan yang tergantung di dinding. Terdapat ribuan lukisan yang terpamer iaitu yang dihasilkan oleh pelukis dari seluruh dunia.Am Nass mendekati beberapa lukisan yang tergantung di dinding.Agak lama juga dia memerhati dan berjalan di sekitar .Seakan dia mencari-cari sesuatu.Dia memandang ke kiri kanan.Gelagatnya diperhatikan oleh pengunjung di situ.Ada yang tersenyum memerhatikan gelagatnya.Ada juga yang tidak mengambil kisah.Perlakuan Am Nass menarik perhatian seorang lelaki tidak jauh dari situ.Lelaki itu sedang berbual dengan rakannya.Tidak lama, lelaki itu meminta izin untuk menghentikan perbualan dengan rakannya.Lelaki itu dengan langkah yang agak laju mendekati Am Nass.Kemudiannya, lelaki itu menyapa Am Nass dengan lembut.”Ya Encik,boleh saya bantu?”tanya lelaki itu.Am Nass terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Lelaki itu yang memakai cermin mata,sedikit berjambang dan berkot hitam menghulurkan tangan untuk berjabat.”Saya Jonathan Bober,kurator galeri ini,”katanya.Am Nass menyambut tangan lelaki itu.”Saya Am Nass,penulis novel.”Keduanya berjabat tangan. "Encik dari mana?”lelaki itu bertanya lagi.”Saya dari Malaysia, tapi menetap di Itali,”jawab Am Nass.”Oh begitu.Maafkan saya.tadi saya lihat Encik seperti mencari-cari sesuatu,”kata lelaki itu.”Ya, saya sedang mencari lukisan Vincent van Gogh,Potrait Diri,Ogos 1889,”jelas Am Nass.”Oh, lukisan itu.Ia terletak di hujung sebelah sana.Mari saya tunjukkan,” kata lelaki itu lagi.”Ya, terima kasih,”kata Am Nass.Lelaki itu melambai kepada rakannya meminta izin untuk pergi.Rakannya tersenyum dan mengangguk perlahan.Kemudian,Am Nass dan lelaki itu berjalan beriringan menuju ke tempat lukisan itu berada.
(Bersambung…)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan