Lois Dunamis (Sayap Kenangan) : Pertarungan Pertama.
Nikator mencekik leher Maharba dan mendorongnya ke atas.Tubuh Maharba terangkat dan tergantung.Nikator memandang wajah Maharba lama-lama.Wajah Maharba yang berlumuran dengan darah dan terdapat kesan calar dan hirisan kelihatan amat teruk sekali.Tulang rusuknya patah.Pedang Hati Singanya yang digenggam Nikator telah musnah dan mendebu.Anak matanya mengecil dan nafasnya mendesah perlahan.Nikator memandang wajah Maharba dengan penuh angkuh dan kebencian. “Maharba, inilah kehebatan kuasa kegelapan.Dan, kuasa ini akan terus membayangi kau,Maharba,”bisik Nikator dengan perlahan namun penuh dengan sindiran.Maharba hanya terdiam.Dia antara mendengar dengan tidak kata-kata Nikator.Tidak lama,Nikator melepaskan cengkaman ke atas leher Maharba. Maharba jatuh ke tanah dan terlutut dan kemudian tersembam ke tanah.Nikator kemudiannya mengangkat tinggi kakinya dan memijak perlahan kepala Maharba. “Sedih aku melihat kau,Maharba.Tapi,kali ini aku beri kau peluang untuk hidup.Dan, jangan pernah cuba untuk melawan aku lagi,”kata Nikator lagi.Sesaat, Nikator memandang ke suatu sudut.Nikator melihat sekujur tubuh gadis sudah kaku dan berlumuran darah.Sayapnya sudah patah dan putus.Bulu pelepahnya bertaburan di tanah.”Shania,inilah padahnya kerana kau mengikuti Maharba,”Nikator berkata lagi.Nikator mengalihkan kakinya dari kepala Maharba.Dia mula melangkah dan beredar.Memandang Raja Hitam iaitu kuda perkasanya yang mula perlahan mendekati Nikator.Raja Hitam menunduk kepalanya.Seakan bersimpati dengan nasib Maharba dan Shania.Nikator mengusap Raja Hitam."Kau suka kepadanya Raja Hitam?"Nikator tahu Raja Hitam amat menyukai Maharba.Raja Hitam seperti tidak mahu pulang dan ingin menemani Maharba."Aku pergi dulu, Raja Hitam,"kata Nikator.Nikator menepuk tubuh Raja Hitam dan kemudian melangkah pergi dan menghilang diiringi kabus.Di suatu tempat, Lehcim iaitu seorang tua yang memegang sebatang tongkat memandang ke atas.Lehcim melihat awan mula bergumpal dan menghitam.Lehcim dapat mendengar tangisan kekecewaan.Mata Lehcim genang dan berkaca.”Kegelapan telah menyelubungi semesta,”katanya dalam hati.
Gambar : Google Images
*Cerita ini hanya fantasi dan fiksyen.Sebarang percanggahan dengan nilai agama adalah amat dikesali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan