Dalam Lois Dunamis, Shania ialah seekor burung merpati putih hikmat peliharaan Puteri Foteine yang selalu menemaninya.Saat Puteri Foteine tidak sedarkan diri dan hilang semua ingatan dan kepingan kenangannya yang bertebaran ke seluruh semesta, Shania telah mengembara mencari seseorang yang boleh mengembalikan semula ingatan dan kepingan kenangan Puteri Foteine.Dalam pengembaraannya, Shania telah singgah di jendela sebuah rumah.Dia dalamnya, kelihatan seorang lelaki sedang menyalin sesuatu daripada sebuah kitab lama dan menulisnya pada skrol.Shania terbang masuk dan menghampiri lelaki itu yang sedang menulis.Lelaki itu menyedari kehadiran Shania.Dia terkejut melihat seekor burung merpati putih itu.Shania mendekati lelaki itu.Lelaki itu yang tertarik dengan kehadiran Shania memberanikan diri mengambilnya kerana burung merpati itu kelihatan jinak sekali. Shania kemudian menggunakan hikmatnya iaitu dengan menidurkan lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya tidak sedarkan diri. Shania terus berubah bentuk menjadi seorang perempuan cantik yang bersayap serta bercahaya.Saat lelaki itu tertidur, Shania menyentuh dahi lelaki itu dan menghadirkan diri dalam mimpinya. Dalam mimpi lelaki itu,Shania memberitahu mengenai keadaan Puteri Foteine dan dia meminta pertolongan lelaki itu untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Shania juga memberitahu tempat di mana Puteri Foteine berada dan lelaki itu harus cepat mengembara untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Setelah memberitahu segalanya, Shania mengubah bentuknya semula menjadi burung merpati.Shania menggunakan sekali lagi hikmatnya untuk menyedarkan lelaki itu.Lelaki itu tersedar dari mimpi dan melihat burung merpati itu masih berada di sisinya.Lelaki itu mengambil burung merpati itu dan melihat matanya dalam-dalam dan matanya seakan-akan bergenang dan berkaca.Lelaki itu segera faham dan mengangguk.Dia mengusap burung merpati itu.Dialah Maharba Gnareyn, seorang penulis skrol,penyair, dan pembaca kitab lama.Takdir telah menemukannya dengan Shania, burung merpati hikmat Puteri Foteine.Dan kemudian, pengembaraan pun bermula ke empat sudut dunia. :)
*Cerita ini adalah fiksyen
Gambar hiasan : Google Images
*Cerita ini adalah fiksyen
Gambar hiasan : Google Images
Tiada ulasan:
Catat Ulasan