Mike segera bangun dan lari keluar dari kelas. Dia tidak menyangka gadis yang berdiri dan memerhatikannya tadi ialah Kristina. Ya, Kristina Diamond. Gadis yang selama ini diperhatikannya dari jauh dan diminatinya dalam diam. Dia berasa amat terkejut, tidak dapat mengimbang dan terjatuh dari kerusi. Dia berasa amat malu dengan kejadian itu. Dan lebih memalukan lagi Kristina mentertawakannya. Mike berlari menuju ke arah sepohon pokok rendang di padang. Dia mendudukkan diri di atas rumput. Cuba sedayanya untuk menenangkan diri dan rasa gelabahnya. Kristina mentertawakannya. Jahatkah Kristina? Siapa pun pasti tertawa, fikir Mike. Mike mengusap rambutnya. Mike terfikir, kenapa agaknya Kristina datang ke kelasnya tadi? Apa yang Kristina buat di situ? Kenapa Kristina datang ke arahnya? Sudah lamakah dia diperhatikan? Segalanya berlegar dalam kepala Mike. Mike menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba Mike teringat apa yang dilakukannya tadi sehingga tidak menyedari kehadiran Kristina. Dia memegang sebatang pensel dan sedang melukis. Melukis? Ya, melukis. Dan lukisan itu masih terletak di atas meja. Di atas meja? Oh, tidak!
Kristina terkejut dengan perlakuan Mike. Mike yang terjatuh dari kerusi segera bangun dan lari keluar dari kelas. Kristina tidak dapat menahan ketawa melihat Mike. Adakah Mike lari keluar dari kelas kerana dia malu ditertawakan? Kristina tiba-tiba dirundung rasa bersalah. Rasa bersalah kerana mentertawakan Mike.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan