-->
  • Kristina : Untuk Mencintaimu.(Aku Gadis Fotografi).Fragmen 1.2


    Kristina menyertai Kelab Fotografi di sekolahnya. Suatu hari, Kristina telah masuk ke kelas sebelah untuk mengedarkan risalah pertandingan fotografi.Kehadiran Kristina tidak disedari oleh Mike kerana waktu itu Mike sedang leka melukis. Sampai di meja Mike, Kristina ingin menyerahkan risalah. Sesaat, dia tertarik dengan apa yang Mike lakukan. Kristina memerhatikan Mike. Mike menyedari sesuatu sehinggakan dia mendongakkan kepala. Mike amat terkejut dengan kehadiran Kristina.Dia hilang imbangan dan terjatuh dari kerusi. Perlakuan Mike membuatkan Kristina tidak dapat menahan ketawanya. Mike berasa amat malu dengan kejadian itu. Dia segera bangun, dan lari keluar dari kelas. Tindakan Mike mengejutkan Kristina. Dan, Kristina bertambah terkejut melihat apa yang dilukis oleh Mike. Apakah yang dilukis oleh Mike sehingga membuatkan Kristina terkejut? Adakah Mike mampu melupakan kejadian yang memalukan itu? Dan bagaimana hubungan keduanya nanti? Semuanya dalam Kristina.





  • You might also like

    Tiada ulasan: