-->
  • Perahu Timun Iban.Fragmen Terakhir.Bahagian 1


    Perahu Timun Iban (Fragmen Terakhir)
    “Aku tetap menunggu, meski esok bukan milikku…

    Fragmen Terakhir Bahagian 1
    Gaing menunduk.Matanya memandang tikar bemban.Kedua jemarinya dirapatkan seperti orang sedang berdoa.Ada sesuatu yang digumamkannya.Ada sesuatu yang diharapkannya.Namun, seperti tersekat di rongga.Seakan tidak dapat untuk diluahkan.Tidak lama, Gaing mengumpul seluruh kekuatannya. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Aki Suki.Aki Suki masih lagi duduk di muka pintu.Aki Suki memandang ke luar halaman. Aki Suki merenung jauh.Fikirannya menerawang.
    “Apai,” Gaing memanggil lembut nama Aki Suki.Aki Suki masih lagi merenung jauh.Seperti tidak menyedari Gaing memanggil namanya. “Apai,” Gaing mencuba memanggil lagi.Kali ini lebih kuat dan jelas. “Apai, saya nak bawa Suki balik ke bandar,” Gaing menyatakan hasratnya.Kata-kata Gaing itu didengari oleh Ini Suki yang sedang melipat kain baju.Ini Suki tersentak.Ini Suki berhenti melipat kain baju.

    “Kenapa kamu nak bawa dia Gaing?” tanya Ini Suki. “Indai,saya nak dia bersekolah di bandar,”kata Gaing. “Kenapa, sekolah di sini tidak baguskah,Gaing?,” tanya Ini Suki lagi.
    “Bukan begitu,Indai.Sekolah di sini bagus,cuma…”kata-kata Gaing tersekat.Seperti tidak mampu untuk meneruskannya. “Cuma apa, Gaing?” Ini Suki cuba untuk mendapatkan penjelasan. “Indai, saya nak bersama dengan Suki, lagipun dia anak saya,” jelas Gaing.
    “Bersama dengan Suki?Selama ini ada kamu fikirkan tentang Suki?” suara Ini Suki mula meninggi.Dalam nada yang tinggi itu,Ini Suki cuba menahan sedih yang tiba-tiba menerpa.
    “Indai, saya tahu saya yang salah.Saya abaikan Suki.Tapi itu dulu.Sekarang, saya nak tebus balik semua itu,” kata Gaing.Gaing memandang Aki Suki. Aki Suki masih seperti tadi.Seakan tiada reaksi. “Apai, saya mesti bawa Suki ke bandar.Saya tidak peduli,” tekad Gaing.
    Ini Suki tidak dapat menahan rasa sedihnya lagi.Ini Suki semakin sebak.Ini Suki melemparkan kain baju ke arah Gaing.Ini Suki segera angkat.Ini Suki berlari menuju bilik.Di bilik Ini Suki terduduk. “Bunuh aku Gaing, bunuh aku Gaing.Suki, Suki!,” Ini Suki menangis semahunya.
    Gaing dirundung rasa bersalah, namun dia tetap dengan keputusannya.Dia mesti membawa Suki pulang ke bandar.”Apai, tolonglah...” rayu Gaing lagi.Aki Suki hanya terdiam. Seperti ada genang berkaca di kolam matanya.Rasanya seperti ingin diseka,namun hanya dibiarkan sahaja ia menitis.Aki Suki menyapu wajah kemudiannya.Aki Suki tewas akhirnya.Aki Suki pasrah.

    Suki masih lagi di bilik.Dia sedang tidur nyenyak.Suki, anak kecil itu masih tidak tahu lagi takdirnya esok hari…

    Bersambung

    Foto Hiasan : Google Images
  • You might also like

    Tiada ulasan: