Diari Anne Frank (Bahagian 1)
12 Jun, 1942
Saya harap saya boleh menceritakan segala-galanya kepada kamu, kerana saya tidak mampu menceritakannya kepada orang lain, dan saya harap kamu akan menjadi sumber ketenangan dan semangat saya.
Saya harap saya boleh menceritakan segala-galanya kepada kamu, kerana saya tidak mampu menceritakannya kepada orang lain, dan saya harap kamu akan menjadi sumber ketenangan dan semangat saya.
NOTA YANG DITAMBAH OLEH ANNE PADA 28 SEPTEMBER, 1942: Setakat ini kamu memang menjadi sumber ketenangan saya, begitu juga Kitty yang kini saya tulis dengan kerap. Menulis diari lebih bagus dan saya tidak sabar menunggu ketika saya boleh menulis di dalam kamu. Oh, saya begitu bersyukur kerana membawa kamu bersama!
Ahad, 14 Jun 1942
Saya akan bermula pada detik saya menerima kamu, ketika saya nampak kamu di atas meja di samping hadiah hari lahir saya yang lain. (Sebenarnya saya sendiri yang memilih kamu ketika kamu dibeli, tapi itu tidak boleh diambil kira.)
Pada hari jumaat 12 Jun, saya bangun seawal jam enam pagi. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hari ini adalah hari lahir saya. Saya tidak dibenarkan bangun lebih awal, jadi saya terpaksa menahan rasa ingin tahu saya sehingga lima belas minit sebelum pukul tujuh. Kerana saya tidak mampu menahan perasaan saya lagi, saya turun ke bawah menuju ke bilik makan di mana kucing saya Moortje menyambut saya dengan menggesel badannya di kaki saya. Selang beberapa minit selepas pukul tujuh, saya pergi berjumpa Ibu dan Ayah dan kemudian ke ruang tamu untuk membuka hadiah saya dan kamu adalah hadiah pertama yang saya nampak.
Ada beberapa jambangan bunga ros, beberapa kuntum bunga kertas dan satu pasu bunga. Ayah dan ibu menghadiahkan saya satu blaus biru, sebotol jus anggur yang terasa seperti wain (lagipun, memang wain dibuat daripada anggur), suatu permainan susun suai gambar, sebalang krim sejuk, wang sebanyak 2.50 guilder dan baucer untuk dua buah buku. Saya juga menerima sebuah lagi buku berjudul Camera Obscura (tetapi Margot sudah memilikinya, jadi saya menukarkan buku saya dengan benda lain), sepinggan biskut (yang saya buat sendiri, sudah tentunya, kerana saya sudah menjadi agak mahir membakar biskut), gula-gula yang banyak dan tat strawberi dari Ibu. Ada juga sutu surat dari Nenek yang sampai tepat pada masanya, tetapi ia mungkin hanya kebetulan.

Kemudian Hanneli datang menjemput saya dan kami pergi ke sekolah. Ketika rehat, saya mengagihkan biskut saya kepada cikgu dan rakan-rakan sekelas saya sehingga kelas bermula semula. Saya tidak terus balik selepas habis sekolah kerana saya pergi ke gim bersama rakan sekelas saya yang lain (saya tidak dibenarkan bersenam kerana bahu dan pinggang saya selalu beralih). Oleh kerana ia hari lahir saya, saya dibenarkan untuk memilih permainan yang akan dimainkan oleh rakan sekelas saya dan saya memilih bola tampar. Selepas itu mereka menari mengelilingi saya sambil menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’.
Ketika saya kembali ke rumah, Sanne Ledermann sudah sedia menunggu saya. Ilse Wagner, Hanneli Goslar dan Jacqueline van Maarsen mengikuti saya selepas selesai bersenam di gim kerana kami merupakan rakan sekelas. Hanneli dan Sanne pernah menjadi sahabat baik saya. Orang yang melihat kami bersama selalu berkata, ‘Itu dia Anne, Hanne dan Sanne.’ Saya hanya mengenali Jacqueline van Maarsen ketika saya memulakan kelas di Lyceum Yahudi dan sekarang dia adalah sahabat baik saya. Ilse adalah sahabat baik Hanneli dan Sanne pergi ke sekolah lain dan mempunyai sahabat di sana.

Mereka menghadiahkan saya buku yang cantik, Dutch Sasas dan Lesends, tetapi mereka secara tidak sengaja memberikan saya jilid 2, jadi saya menukarkan dua buku lain untuk mendapatkan jilid 1. Makcik Helene menghadiahkan saya permainan susun suai gambar dan Makcik Stephanie pula menghadiahkan kerongsang darling dan Makcik Leny pula menghadiahkan sebuah buku yang hebat: Daisy Goes to the Mountains.
Pagi tadi saya berbaring di dalam tub mandi dan berfikir tentang betapa menariknya jika saya ada seekor anjing seperti Rin Tin Tin. Saya juga akan menamakannya Rin Tin Tin dan membawanya bersama ke sekolah di mana dia boleh duduk di bilik pengawal sekolah atau di rak basikal ketika cuaca dalam keadaan baik.
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.
Sumber : http://www.twtbuku.com/2017/01/diari-anne-frank-bahagian-1.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan